TINDAKAN usahawan terkenal, Haliza Maysuri menempah set kain kafan premium daripada seorang pereka fesyen ternama mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.Ada yang menyokong langkah tersebut sebagai peringatan kematian, namun tidak kurang juga yang mempersoalkan kewajaran membeli kain kafan dengan harga mahal. Terpanggil memberi penjelasan, Pensyarah Fiqh Fatwa Makanan dan Kepenggunaan Semasa, Pusat Kajian Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Kashim berkata, mengingati kematian merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW supaya umat Islam menjauhi perbuatan maksiat.Haliza sebelum ini berkongsi membeli kain kafan premium kepada dirinya.Katanya, tiada nas atau dalil yang secara jelas mengharamkan seseorang membeli kain kafan yang mahal namun ia bergantung kepada beberapa situasi.Jelasnya, hukum menjadi harus sekiranya pembelian tersebut dibuat mengikut kemampuan individu namun tidak dihebahkan kepada orang ramai selain ahli keluarga."Niatnya baik untuk pastikan segala ibadahnya sejajar dengan kehidupan realiti dunianya. Pada masa yang sama, dia tidak lupa zakat, sedekah, hadiah, wakaf dan lain-lain terhadap tuntutan agamanya. ARTIKEL BERKAITAN: Sering dikecam pakai busana ratusan ribu ringgit, Haliza Maysuri beli set kain kafan premium daripada Rizalman Ibrahim… “Akhirat pun kenalah yang berjenama”ARTIKEL BERKIATAN: Hazman Al Idrus dakwa iman tak goyah buat ritual Hindu, Mohd Izhar tegas pelakon Islam tidak boleh sertai upacara agama lain"Hukum ini sama seperti jemaah pergi haji dengan pakej mewah RM250,000 seorang bagi keselesaan jemaah yang berkemampuan ketika menunaikan ibadah," ujarnya.Tambahnya, hukum menjadi makruh tetapi tidak berdosa sekiranya perkara tersebut diuar-uarkan kepada umum atas tujuan promosi produk tanpa niat riak atau takbur.Namun hukumnya boleh menjadi haram sekiranya pembelian kain kafan mahal itu diumumkan dengan niat riak, sombong atau merendahkan set kain kafan murah yang menjadi amalan dan uruf masyarakat.Perkongsian Haliza sebelum ini mencetuskan perdebatan."Bagi tujuan promosi produk dan lain-lain tanpa ada sedikitpun niat takbur dan sombong terhadap orang lain. Perbuatan ini menyebabkan masyarakat Islam bertikam lidah."Haram jika perbuatannya membeli set kain kafan dan diuar-uarkan kepada khalayak ramai bagi tujuan riak, sombong serta menghina set kain kafan murah yang dimiliki adat atau uruf hari ini," jelasnya.Sehubungan itu, dia menegaskan orang ramai tidak wajar menghukum perbuatan seseorang tanpa dalil dan hujah yang jelas."Kita tidak boleh menghukum perbuatan seseorang itu kecuali terdapat dalil atau hujah yang kuat yang menjurus seseorang itu kepada perbuatan haram sebagaimana dinyatakan di atas. "Semoga pandangan ini dapat menenangkan semua pihak," tambahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube