suria

“Keluar cepat daripada mimpi ngeri” - Abby Abadi sokong Marissa Dania mahu bercerai

Abby memberi sokongan buat Marissa.

PELAKON Abby Abadi menyambut baik keputusan anaknya, Marissa Dania yang memilih jalan untuk menamatkan konflik rumah tangga dengan cara berpisah.

Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, berkata, dia berharap kemelut melibatkan Marissa dengan Ahmad Aslam akan segera berakhir.

"Alhamdulillah, semoga selesai dengan cepat.

Perkongsian Abby di Instagram. 

"Keluarlah cepat daripada mimpi ngeri. Tolong aminkan," katanya.

Abby menulis ringkas perkara tersebut dalam satu hantaran di InstaStory berserta tangkap layar laporan berita tentang hasrat Marissa untuk berpisah.

Pelakon itu, dalam masa sama, sempat berkongsi nasihat buat anaknya untuk terus memperbaiki diri.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami kini dalam proses berpisah” - Marissa Dania 

ARTIKEL BERKAITAN: Aslam, Marissa tak lengah daftar nikah lepas kahwin di Thailand, peguam perjelas tiga kekeliruan utama

Malah, dia juga percaya setiap dugaan yang dilalui Marissa kini akan memberi sinar bahagia kelak.

"Perbaiki apa yang kurang. Kena lalui hari-hari kelam untuk dapat yang lebih indah selepas ini," luahnya.

Marissa dalam satu hantaran di Instagram sebelum ini memberi bayangan rumah tangganya bakal berakhir dengan perceraian.

Marissa memilih jalan untuk berpisah dengan Aslam. 

Kenyataan tersebut juga dibuat bagi menamatkan spekulasi tentang perkahwinan mereka yang sebelum ini menjadi tumpuan ramai.

Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand, pada 27 Disember 2023 sebagai isteri kedua.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain