suria

Fasha Sandha tak tidur 48 jam, diam tanpa IG... ‘Terperangkap’ kerana Mariana

Fasha sentiasa memberi komitmen dalam lakonan.

MENDALAMI watak dalam drama terbaharu lakonannya, pelakon Fasha Sandha sanggup melalui tempoh tanpa tidur atau rehat yang secukupnya selama 48 jam.

Malah, menurut Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 42, dia juga tidak aktif di media sosial supaya dapat menghayati watak Mariana dalam naskhah berkenaan.

"Sebab itu diam beberapa hari tanpa Instastory. Memang gila.

Fasha menjiwai watak Mariana. 

"Tiada tidur 48 jam," tulisnya di Instagram berkongsi perkembangan ketika sedang menjalani penggambaran sebuah drama.

Fasha bagaimanapun tidak memberitahu tajuk drama berkenaan yang dipercayai terbitan Radius One Sdn Bhd itu.

Tambah pelakon itu, karakter Mariana merupakan satu watak berat yang memerlukan dia menjiwainya dengan penuh emosi.

ARTIKEL BERKAITAN: Makan pun terpaksa catu, hidup Fasha Sandha serba sederhana... Membesar tanpa figura bapa 

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil ‘free hair’ dalam drama baharu, tiada keperluan untuk Fasha Sandha jawab... Minta fokus isu semasa dan minyak

"Saya terperangkap dalam karakter berat ini. Sedang memahami, sedang perlahan-lahan tukar karakter daripada Ustazah Ayuni kepada Mariana. Sedang cuba mendalami," luahnya.

Dalam hantarannya, Fasha turut berkongsi satu babak dia sedang menangis sambil mendukung bayi.

Dia sebelum ini baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama berjudul Puteri Kembang Malam dengan memegang watak Ustazah Ayuni.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain