suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ada cerita sebalik lagu ‘Siapa Diriku’, Marsya Qistina dedikasikan untuk arwah sahabat baik

Marsya melancarkan single baharu berjudul ‘Siapa Diriku’.

PENYANYI Marsya Qistina mendedahkan lagu terbaharunya yang berjudul Siapa Diriku merupakan sebuah karya yang sangat istimewa didedikasikan khas buat arwah sahabat baiknya.

Kata Marsya, 23, sahabatnya itu menghembuskan nafas terakhir pada Februari lalu selepas bertarung dengan penyakit kanser darah atau leukemia.

Berkongsi detik-detik awal sebelum pemergian arwah, Marsya memberitahu mereka sering berhubung ketika rakannya itu mula jatuh sakit sewaktu menuntut di universiti.

“Ketika itu dia sedang berjuang melawan leukemia. Dia bercerita bagaimana dia mengalami demam panas selama tiga minggu ketika menuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM), tetapi keadaannya tidak juga bertambah baik.

Marsya mendedikasikan lagu buat arwah sahabat baiknya yang meninggal dunia akibat kanser.

“Sepanjang tempoh itu kami sering berhubung menerusi FaceTime. Kemudian saya mendapat berita dia dimasukkan ke unit kecemasan. Saya sempat melawatnya di Kedah dan ketika itu dia menjalani pemeriksaan sumsum tulang.

“Hasil pemeriksaan menunjukkan sumsum tulangnya sudah mengandungi 99 peratus sel kanser. Selepas dia dipindahkan ke Selangor, hospital tempat dia dirawat sebenarnya sangat dekat dengan rumah saya," katanya kepada mStar ketika majlis pelancaran lagu tersebut. 

Dalam pada itu, Marsya mengakui sukar untuk menerima hakikat kehilangan seorang rakan yang paling memahami dirinya sejak zaman sekolah menengah lagi.

“Saya masih ingat apabila memberikan demo lagu ini kepadanya tahun lalu. Dia terus menghubungi saya dan berkata lagu itu sangat dekat dengan dirinya. Dia sangat gembira apabila mendengarnya dan berkata, akhirnya jadi juga.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh terlalu mengawal anak hingga kurang menyerlah, Liza Hanim tak halang Marsya pilih hala tuju sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Anak dianggap tak menyerlah lepas TTMM, Liza Hanim kecewa Marsya jadi sasaran kecaman

"Sejak saya mula menulis lagu pada 2022, hampir semua lagu yang siap akan saya berikan kepadanya untuk didengari terlebih dahulu. 

“Kalau arwah masih ada hari ini, ‘Siapa Diriku’ adalah lagu yang paling saya banggakan kerana ia lahir sepenuhnya daripada isi hati saya dan menjadi karya yang sangat lengkap dari sudut emosi

“Arwah merupakan sahabat baik saya sejak sekolah menengah. Hubungan kami sangat rapat, seperti adik-beradik. Cara kami berfikir hampir sama dan dia adalah antara individu yang paling memahami diri saya,” ujarnya. 

Marsya kehilangan sahabat baik pada Februari lalu.

Dalam pada itu, Marsya turut berkongsi cerita di sebalik penghasilan lirik lagu berkenaan. 

Jelasnya, dia dan arwah sering meluah rasa kurang keyakinan diri terutamanya berkaitan dengan rupa paras dan penampilan mereka sebelum ini.

“Ketika saya berbual dengan dia, kami sebenarnya berkongsi pengalaman yang hampir sama. 

“Pada waktu itu, kami bukanlah individu yang memenuhi standard kecantikan yang sering diperkatakan orang seperti kurus dan tinggi lampai," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain