suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maryam kongsi keadaan anak selepas 48 jam pemantauan, lebih hati-hati aspek keselamatan di rumah

Maryam (kiri) memaklumkan keadaan terkini Rian selepas terjatuh dari katil.

PELAKON Maryam You Nare memaklumkan anaknya, Rian, kini berada dalam keadaan sihat dan baik selepas melalui tempoh pemantauan selama 48 jam susulan kejadian terjatuh dari katil pada Selasa.

Maryam, 34, berkata dia memahami kebimbangan orang ramai yang mengikuti perkembangan anaknya selepas video dan laporan mengenai kejadian tersebut tular di media sosial.

"Ramai yang bimbang selepas melihat video dan membaca laporan berita yang tersebar. Sebagai seorang ibu, ia merupakan antara detik paling menakutkan yang pernah saya lalui.

"Sejurus selepas kejadian tersebut, kami terus membawa Rian ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan. Setelah diperiksa, doktor menasihatkan kami supaya memantau keadaannya dengan rapi selama kira-kira 48 jam sebagai langkah berjaga-jaga.

Maryam dan suami cemas membawa Rian ke hospital.

"Alhamdulillah, tempoh pemerhatian selama 48 jam itu kini telah berlalu dan Rian berada dalam keadaan yang baik," katanya.

Maryam berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada pagi Rabu.

Sepanjang tempoh pemantauan itu, Rian tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom yang membimbangkan.

Kata Maryam, insiden tersebut menjadi peringatan buat dirinya dan suami agar lebih peka terhadap aspek keselamatan anak mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Mencemaskan, anak Ryzal Ibrahim tak sedarkan diri selepas jatuh katil... “Gugur jantung kami”

ARTIKEL BERKAITAN: Iman Troye pertahan tindakan Ryzal Ibrahim rakam video anak, boleh jadi rujukan doktor

"Dia makan seperti biasa, tidur lena, tersenyum, bermain dan berkelakuan seperti dirinya yang biasa.

"Sepanjang tempoh pemantauan tersebut, tiada sebarang simptom luar biasa berlaku dan kami amat bersyukur atas keadaan itu.

"Pengalaman ini mengingatkan saya bahawa kemalangan yang tidak dijangka boleh berlaku dalam sekelip mata, walaupun kita telah berusaha sedaya upaya sebagai ibu bapa. Ia juga mendorong kami untuk lebih peka dan berhati-hati terhadap aspek keselamatan pada masa akan datang," ujarnya.

Sementara itu, Maryam turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang tidak putus-putus menghulurkan doa dan sokongan kepada keluarganya sepanjang berdepan detik mencemaskan itu.

"Kepada semua yang menghubungi kami dengan kata-kata yang baik, nasihat, doa dan sokongan, terima kasih yang tidak terhingga daripada lubuk hati saya.

"Mesej-mesej anda bukan sahaja memberi ketenangan kepada saya, malah kepada seluruh keluarga kami.

Maryam bersyukur keadaan anaknya kini semakin baik.

"Jangan terlalu risau. Alhamdulillah, Rian sihat, ceria dan berada dalam keadaan yang baik. Sekali lagi, terima kasih atas segala kasih sayang, keprihatinan dan doa yang telah diberikan," katanya.

Pada Selasa, suami Maryam iaitu personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim, berdepan detik cemas apabila anak mereka, Rian, dilaporkan tidak sedarkan diri selepas terjatuh dari katil.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Ryzal berkongsi situasi panik berkenaan sehingga dia dan Maryam terpaksa bergegas membawa anak mereka ke unit kecemasan sebuah hospital.

Kata Ryzal, Rian pada mulanya menangis dengan sangat kuat sebelum tiba-tiba mendiamkan diri dengan mata tertutup tanpa memberikan sebarang respons.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain