suria

Tiada lagi peluang buat Beego! Linda Hashim nekad mahu cerai

Linda menganggap tiada sinar buatnya untuk kembali bersama Beego.

PELAKON Linda Hashim tetap dengan pendiriannya mahu mengakhiri perkahwinannya dengan aktor Beego.

Linda atau Norhazlinda Hashim, 41, berkata, dia tidak melihat sebarang sinar dalam hubungan mereka selain penceraian.

"Ya saya nekad nak bercerai!

"Sudah tentu semua pasangan berkahwin mahu cuba selamatkan rumah tangga, begitu juga Beego.

Linda mohon Beego untuk melafazkan talak.

Linda mohon Beego untuk melafazkan talak. 

"Tapi untuk saya, cukuplah sampai di sini sahaja,” ujarnya.

Linda berkongsi perkara itu ketika ditemui sebelum prosiding cerai mereka bermula di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pagi Isnin.

Sebelum itu, Beego yang ditemu bual petugas media ingin pertahankan rumah tangga mereka dan tidak setuju bercerai.

ARTIKEL BERKAITAN: Beego enggan cerai, minta Linda Hashim balik ke rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Beego ada minta maaf dan pujuk, Linda Hashim minta hormat keputusan cerai -“Dia tahu apa dia sudah buat!”

Bagi prosiding cerai pasangan ini, Linda hadir bersama peguamnya iaitu Nurul Fadzilah Kamaluddin.

Manakala Beego diwakili peguam Muhammad Akmal Amzan.

Awal Januari lalu, Linda memfailkan cerai terhadap Beego dengan alasan mereka sudah tiada persefahaman.

Linda tetap dengan pendiriannya untuk meminta cerai.

Sebelum itu, pada 27 Mac 2023, pasangan ini bercerai talak satu sebelum sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023.

Linda turut mendedahkan mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia yang kini berusia enam tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain