IBU kepada pelawak Along Cham iaitu Siti Habsah Kadir memberitahu hubungan kekeluargaan mereka pernah renggang selepas anaknya itu berkahwin tahun lalu.
Terkilan dengan situasi berlaku itu, Habsah, 64, mendedahkan wujud salah faham dalam keluarga berpunca daripada kenyataan isteri Along iaitu Afreena Suhaimi.
“Saya tidak pernah pilih siapa menantu saya. Siapa yang anak saya pilih, saya terima seadanya.
Habsah (kiri) dan Along sudah setahun tak bertemu.
“Cuma dia (Afreena) buat kesilapan terhadap keluarga saya, hingga Along benci keluarga sendiri.
“Setahun kami tidak jumpa kerana terkilan. Apa yang berlaku terlalu peribadi, itu sahaja saya boleh cerita,” katanya.
Habsah ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor pada Isnin menemani Along bagi sebutan pertama lafaz taklik anaknya itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Sekali saja langgar taklik, isteri Along Cham akui wujud pihak ketiga
ARTIKEL BERKAITAN: Along Cham pernah lafaz cerai 2 bulan selepas nikah tapi isteri tak berubah langgar janji
Sedih melihat rumah tangga anaknya itu, Habsah bagaimanapun menegaskan dia sama sekali tidak pernah masuk campur dalam urusan Along dan isteri.
“Selepas Along kahwin saya tidak masuk campur, pandai-pandai Along atur rumah tangga dia.
“Sebenarnya sedih tengok anak jadi begini, bukan saya minta. Bukan saya suka, saya tak suka... saya sedih sangat-sangat,” ujarnya.
Sudah melibatkan ibu saya hingga dituduh bukan-bukan.
ALONG CHAM
PELAWAK
Sementara itu, Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, pula berkata ibunya juga terkena tempias susulan kemelut rumah tangganya itu.
Malah, Along mendakwa Afreena membawa cerita tidak benar mengenai ibu mentua sendiri.
“Bukan sifat saya kaki sebar aib rumah tangga. Kali ini apabila sudah melibatkan ibu saya hingga dituduh bukan-bukan dicanang kepada jiran, apalah agaknya perasaan seorang ibu.
Along hadir bersama ibu ke mahkamah.
“Saya bersyukur sebelum salah seorang pejam mata, kami kembali bersama. Bagaimana bentuk keadaannya, itu semua perancangan Allah,” jelasnya.
Untuk rekod, Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April 2024 dan ini merupakan perkahwinan kedua mereka.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!