ISTERI pelawak Along Cham iaitu Afreena Suhaimi mengakui suaminya ada melafazkan cerai ketika usia perkahwinan mereka baru dua bulan.
Afreena atau lebih mesra disapa Feena, 32, bagaimanapun enggan mengulas punca membawa kepada konflik berkenaan kerana menganggap ia terlalu peribadi.
Malah, dia juga memberitahu ada meminta Along merujuk penceraian itu di mahkamah syariah namun tidak mendapat kerjasama baik daripada suaminya.
Feena belajar untuk sayangi diri sendiri.
“Lafaz cerai yang pertama itu saya tidak boleh komen sebab ia terlalu peribadi.
“Ketika itu saya pujuk dan berbincang dengan Along untuk mahkamah dan selesaikan perkara ini sebab ia berkaitan hukum agama. Namum dia tidak beri kerjasama,” katanya kepada mStar.
Afreena ditemui ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor pada Isnin bagi sebutan lafaz taklik yang difailkan Along pada 4 Februari lalu.
Reda perpisahan yang berlaku dalam tempoh perkahwinan singkat itu, Afreena menganggap ia sebagai satu pengajaran untuk dirinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Along Cham pernah lafaz cerai 2 bulan selepas nikah tapi isteri tak berubah langgar janji
ARTIKEL BERKAITAN: Along Cham tersilap isi borang, hakim arah lantik peguam
“Mungkin ini takdir kami. Tiada siapa yang minta perkara ini terjadi. Apa yang berlaku saya belajar untuk hargai diri sendiri sebelum sayang orang lain.
“Tentang penipuan atau sebagainya saya tak mahu komen. Dalam rumah tangga pasti ada pasang surut.
“Apa yang boleh saya katakan lafaz taklik itu hanya melibatkan satu perkara sahaja dan bukan tiga seperti dikatakan. Ia juga melibatkan pihak ketiga,” jelasnya.
Feena hadir bersama peguamnya, Mohamad Iezwan Ielias.
Sebutan pertama kes taklik melibatkan Along Cham dan Feena Afreena Suhaimi akan bersambung semula pada Mei depan.
Ia disebabkan berlaku kekeliruan ketika mengisi borang tuntutan yang difailkan oleh Along selaku plaintif.
Untuk rekod, Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April 2024 dan ini merupakan perkahwinan kedua mereka.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!