suria

Along Cham pernah lafaz cerai 2 bulan selepas nikah tapi isteri tak berubah langgar janji

Feena dan Along bermasalah ketika usia perkahwinan baru dua bulan.

PELAWAK Along Cham mendedahkan dia dan isteri iaitu Afreena Suhaimi sudah berdepan masalah rumah tangga seawal dua bulan perkahwinan mereka.

Malah, Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, turut memberitahu telah berlaku lafaz cerai di luar mahkamah pada Jun tahun lalu. 

“Dalam perkahwinan ini apabila berlaku penipuan ia ibarat seperti gelas yang sudah pecah. Saya dah beri peluang dan ia masih berlaku lagi. 

Along dedah pernah rujuk batin bersama Feena.

“Bulan Jun (2024) juga pernah berlaku lafaz, tapi kami rujuk batin,” katanya kepada pemberita. 

Along ditemui ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor pada Isnin bagi sebutan lafaz taklik yang difailkan pada 4 Februari lalu. 

Disebabkan masalah masih berlarutan, Along berkata dia membuat perjanjian lafaz taklik namun ia juga dilanggar oleh isteri. 

ARTIKEL BERKAITAN: Along Cham tak sabar nak cerai sampai tersilap isi borang, hakim arah lantik peguam

ARTIKEL BERKAITAN: Along Cham harap kemelut rumah tangga segera berakhir, akan buat pendedahan dalam mahkamah

“Dia janji nak berubah dan apabila diberi peluang perkara sama berlaku lagi.

“Kemuncaknya saya buat lafaz taklik dan semua itu juga dia langgar,” ujarnya. 

Pada prosiding yang berlangsung pada Isnin, Along hadir tanpa diwakili peguam dan membawa fail yang mengumpul bukti penipuan isteri seperti yang didakwa.

Bukanlah diri saya untuk dedahkan aib.

ALONG CHAM

PELAWAK

Dia bagaimanapun enggan berkongsi kepada umum dan hanya mahu mendedahkan perkara itu kepada mahkamah. 

“Bukanlah diri saya untuk dedahkan aib, tapi biarlah ia selesaikan di mahkamah,” jelasnya. 

Prosiding berkenaan bagaimanapun ditangguhkan pada 8 Mei depan susulan kekeliruan pada dokumen tuntutan yang dibuat oleh Along selaku plaintif. 

Along ketika tiba di mahkamah ditemani ibu.

Hakim Syarie iaitu Muhamad Nazri Basrawi turut mengarahkan Along melantik peguam bagi membantu urusan. 

Pelawak itu kemudian terus ke kaunter pendaftaran mahkamah bagi pindaan penyata tuntunan dan menyelesaikan urusan berkenaan. 

Malah dia terus melantik seorang peguam syarie iaitu Junid Ramali yang kebetulan ditemui di mahkamah berkenaan. 

Untuk rekod, Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April 2024 dan ini merupakan perkahwinan kedua mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain