suria

Hanya bercakap fasal anak, Zehra Zambri dan suami masih tinggal serumah

Zehra (kanan) dan suami masih tinggal sebumbung.

SITUASI rumah tangga mereka mungkin sedang retak menanti belah namun penyanyi Zehra Zambri masih tinggal sebumbung dengan suami iaitu Nur Mohd Iqwan Samsudin.

Pun begitu kata Zehra, 37, mereka tidak banyak berkomunikasi dan hanya bercakap perkara berkaitan anak perempuan tunggal mereka.

"Kami masih tinggal di rumah yang sama. Dia tidak mahu keluar tapi kami tidak bercakap.

"Kami berjumpa pun selalunya waktu malam sebab dia sibuk di pejabat. Anak pun banyak luangkan masa dengan saya," katanya kepada mStar.

Zehra sudah berfikir sekian lama sebelum membuat keputusan untuk bercerai.

Zehra mengulas perkara itu ketika ditemui selepas selesai sebutan kes penceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi pada Khamis.

Pada prosiding tersebut, Iqwan enggan menceraikan Zehra selepas bekas peserta program Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) itu memfailkan permohonan cerai pada 7 Mac lalu.

Hakim Syarie, Wan Nurulddin Wan Hussain kemudian menetapkan tarikh 7 Mei depan bagi kedua-dua belah pihak melantik wakil membentuk Jawatankuasa Pendamai (JKP). 

Lama berdiam berkaitan isu rumah tangga, Zehra memberitahu dia enggan menimbulkan sebarang spekulasi melibatkan mereka berdua.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengabaian antara punca Zehra Zambri fail cerai, suami mahu pertahan perkahwinan

ARTIKEL BERKAITAN: Tak setuju cerai ‘fast track’, cadangan tebus talak pula ditolak Zehra Zambri… Suami serah isu rumah tangga kepada mahkamah

"Langkah terbaik adalah berdiam diri dan jadi bodoh. Saya tak mahu ada sebarang drama. 

"Perkara ini sudah lama dan memudaratkan. Ia perlu diuruskan segera," katanya.

Zehra hadir bersama peguamnya, Abdul Muiz Samsuri dan turut ditemani bapanya iaitu Zamri Ahmad.

Sementara itu, Zehra menegaskan keputusan memfailkan cerai bukan perkara mudah sebaliknya sudah berfikir panjang sebelum ke mahkamah.

Jelas Zehra, tindakannya itu mempunyai sebab dan berharap Iqwan akan memberi kerjasama sepenuhnya.

"Orang tidak tahu sebab saya simpan sendiri. Saya sudah fikir sedalam-dalamnya untuk bercerai. Apa saya buat ini ada sebabnya.

Iqwan dan Zehra hanya berkomunikasi berhubung hal anak.

"Saya mahukan yang terbaik untuk anak dan harap suami dapat beri kerjasama," ujarnya.

Untuk rekod, Zehra dan Iqwan berkahwin pada 11 November 2021 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Zahiyah Iqleela yang kini berusia tiga tahun.

Zehra juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017.

Bagaimanapun perkahwinan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum mereka bercerai pada April 2018.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain