suria

[V] Suami dakwa Zehra Zambri panas baran, pernah kena pukul sebab peminat ‘like’ gambar IG

SUAMI Zehra Zambri mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga sepanjang tiga tahun berkahwin dengan penyanyi berkenaan.

Nur Mohd Iqwan Samsudin, 42, mendakwa dia pernah dipukul sebanyak empat kali sepanjang tiga tahun mereka mendirikan rumah tangga disebabkan sikap panas baran isterinya itu.

"Selama tiga tahun berkahwin, empat kali saya dipukul. Ini bukan fantasi nakal atau seks ganas. Saya betul-betul dipukul.

"Dia seorang yang panas baran. Zehra pernah pukul saya dengan objek tajam sehingga meninggalkan parut kekal," katanya kepada mStar.

Iqwan mendedahkan perkara itu selepas sebutan kes permohonan cerai difailkan Zehra terhadap Iqwan di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi pada pagi Khamis.

Iqwan mengalami luka selepas dipukul dengan objek tajam.

Malah Iqwan turut menunjukkan bukti perbuatan isterinya itu yang disimpan sebagai bahan bukti.

Sementara itu, kali terakhir dia dipukul ketika Zehra sedang berentap pada minggu separuh akhir pertandingan Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) gara-gara salah faham berkaitan media sosial.

Dakwa Iqwan, dia dipukul susulan Zehra menuduhnya ada skandal dengan seorang wanita dipercayai peminat isterinya yang meninggalkan tanda suka di Instagram.

"Paling terbaharu masa separuh akhir GV11, saya kena pukul sebab ada peminat dia like gambar saya dan Zehra menuduh saya ada skandal dengan wanita itu.

"Saya ada buat laporan polis ketika itu tapi polis beri saya dua pilihan sama ada nak tahan dia atau selesaikan isu secara baik di antara suami isteri," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya bercakap fasal anak, Zehra Zambri dan suami masih tinggal serumah

ARTIKEL BERKAITAN: Pengabaian antara punca Zehra Zambri fail cerai, suami mahu pertahan perkahwinan

Bukan hanya laporan polis Iqwan juga aduah menerusi Talian Kasih di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dia kemudian bagaimanapun memilih untuk menyelesikan perkara tersebut bersama Zehra.

Mendedahkan lebih lanjut, Iqwan memberitahu dia juga pernah dikasari sebulan sebelum pertandingan tersebut bermula.

Bagaimanapun dia tetap menyokong dan membawa Zehra sepanjang bertanding menerusi program berkenaan.

Malah Iqwan memberitahu dia pernah dipukul hanya disebabkan mahu melindungi anak mereka dalam satu kejadian pada 11 Januari tahun lalu.

Zehra hadir ke mahkamah bersama peguamnya, Abdul Muiz Samsuri.

"Saya ada buat laporan polis dan mempunyai laporan kesihatan.

"Dia cakap fasal pengabaian fizikal tapi sebenarnya saya yang dipukul. Tapi kenapa pula saya yang dituduh buat pengabaian fizikal?," ujarnya.

Sementara itu, Iqwan menjelaskan dia enggan melafazakan cerai terhadap Zehra kerana alasan dibuat tidak diperincikan dengan jelas.

Sebaliknya kata Iqwan, alasan dan tuntutan yang dibuat lebih kepada berbentuk tuduhan dan fitnah terhadapnya.

"Hasrat dia untuk jadikan saya duda nampaknya terpaksa ditangguhkan. Saya yakin dia juga tak sabar nak bergelar janda.

Iqwan jalankan tanggungjawab sebagai suami buat Zehra.

"Alasan diberikan tidak munasabah. Ia bukan permohonan tetapi satu tuduhan dan juga fitnah.

"Kalau saya setuju untuk cerai maknanya alasan itu betul dan boleh menjatuhkan maruah saya," ujarnya.

Iqwan sebelum itu menyebut Zehra menyatakan lima alasan bercerai dalam permohonan bercerai yang difailkan pada 7 Mac lalu.

Menafikan semua dakwaan dilemparkan isterinya, Iqwan sebaliknya menegaskan sudah menjalankan tanggungjawab sebagai suami termasuk memberi teguran kepadanya.

Zehra memfailkan cerai terhadap Iqwan.

"Salah ke saya tegur dia terkinja-kinja menari sehingga menyebabkan emosinya terganggu dan alami tekanan?

"Dia juga kata saya culas dalam tanggungjawab melindunginya dari segi mental dan fizikal," jelasnya.

Untuk rekod, Zehra dan Iqwan mendirikan rumah tangga pada 11 November 2021 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Zahiyah Iqleela yang kini berusia tiga tahun.

Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017.

Bagaimanapun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain