suria

[V] Gangguan pihak ketiga, peguam dedah punca Nora Ariffin nekad cerai

PEGUAM kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin mendedahkan keputusan yang dibuat anak guamnya untuk memfailkan perceraian adalah berpunca daripada gangguan pihak ketiga. 

Peguam syarie iaitu Sarah Mohd Ali bagaimanapun berkata perkara tersebut tidak boleh dijelaskan secara terperinci atas faktor keselamatan Nora. 

“Kita tidak boleh nak dedahkan terlampau mendalam. Kalau salah kata nanti Datuk (Nora) kena saman. Jadi, apa nak tekankan penceraian ini tidak boleh dielakkan lagi sebab ada unsur pihak ketiga. 

Nora hadir ke mahkamah ditemani anak-anaknya.

“Perkahwinan mereka bahagia tetapi disebabkan ada gangguan daripada pihak ketiga, Nora terpaksa cari jalan cerai. Kalau tidak, dia akan terjejas dari mental dan fizikal,” katanya kepada mStar. 

Sarah memaklumkan perkara itu ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor pada Isnin. 

Menurut Sarah, sebutan pertama kes perceraian Nora atau Wan Norafizah Ariffin, 53, dan suami iaitu Dr Rushdi Ramli akan berlangsung pada 6 Mei depan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin akhirnya tuntut cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Nora akhirnya dedah kemelut dengan keluarga madu, tuntut 4 perkara daripada anak tiri

“Anak guam saya selamat failkan satu saman cerai dan tarikh sebutan pertama pada 6 Mei. Salinan juga akan diserahkan kepada Dr Rushdi secepat mungkin

“Dan saya percaya Rushdi pun ada peguam dia dan dia sudah tahu mengenai perkara ini,” ujarnya lagi.

Pada 17 April lalu, Nora memaklumkan dia nekad untuk memfailkan cerai terhadap Rushdi.

Kata Nora, keputusan itu dibuat selepas terdapat campur tangan pihak ketiga sehingga perkahwinan mereka tidak lagi dapat diteruskan dengan aman.

Nora sudah puas pertahankan rumah tangga.

Isu rumah tangga pasangan ini mula mendapat perhatian apabila pada 12 Ogos tahun lalu, muncul video memperlihatkan Rushdi menceraikan Nora dengan talak satu menerusi rakaman video berdurasi 52 saat.

Video itu dimuat naik sendiri oleh Nora menerusi Instagram miliknya dan mendakwa ada pihak memaksa Rushdi memaksa lafaz cerai itu dibuat terhadapnya.

Bagaimanapun selepas sebulan mengumumkan penceraian itu, Nora memaklumkan dia dan Rushdi sudah kembali rujuk.

Untuk info, Nora mengumumkan perkahwinannya dengan Rushdi pada 3 Disember 2021 namun tidak memperincikan butiran mengenainya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain