BUKAN atas kerelaan hati, penyanyi Datuk Nora Ariffin mengakui terpaksa membuat keputusan memfailkan cerai terhadap suami iaitu Dr Rushdi Ramli.
Tiada sebarang permusuhan dengan suami, Nora atau Wan Norafizah Ariffin, 53, memberitahu hubungan mereka juga baik dan bahagia sepanjang melayari alam perkahwinan itu.
“Alhamdulillah saya dengan dia (Rushdi) tak bermusuh. Kami memang bahagia dan tidak pernah bergaduh. Kami bergaduh sebab perkara ini sahaja.
Nora ditemani peguamnya ketika hadir ke mahkamah.
“Perkahwinan kami sudah memasuki tahun keenam dan selama ini ia bahagia. Namun, gangguan pihak ketiga yang tidak dapat kami dedahkan secara terperinci menyebabkan saya terpaksa mengambil tindakan ini.
“Kalau secara jujurnya, saya tidak sanggup (bercerai). Siapa yang kahwin mahu bercerai kan? Siapa yang kenal saya, dia tahu saya macam mana,” katanya kepada mStar.
Nora memaklumkan perkara itu ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor selepas memfailkan cerai terhadap suaminya pada Isnin.
ARTIKEL BERKAITAN: Gangguan pihak ketiga, peguam dedah punca Nora Ariffin nekad cerai
ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin akhirnya tuntut cerai
Jelas Nora lagi, antara punca dia menfailkan cerai itu adalah disebabkan perkara itu telah menjejaskan kerjaya seninya.
“Kita semua cari makan, jadi bayangkan ada yang letak pasir dalam periuk nasi. Ia sudah mengganggu (kerjaya saya) dan saya kena buat sesuatu.
“Jadi sampai bila nak jadi seperti ini? Jadi saya kena selesaikan perkara ini dengan baik,” ujarnya.
Ditanya adakah Dr Rushdi ada memujuknya untuk membatalkan hasrat tersebut, Nora berkata dia tidak mengetahui isi hati suaminya itu.
Saya banyak mengalah dan tidak bertanya lebih-lebih.
NORA ARIFFIN
PENYANYI
“Wallahu’alam. Saya tidak tahu apa ada dalam hati seseorang. Saya pun tidak pasti. Buat masa ini, saya hanya buat apa yang sepatutnya saya buat dan selebihnya saya berserah kepada Allah. Kalau dia nak pujuk, tunggu sahaja 6 Mei nanti.
“Kami masih tinggal serumah ketika sambutan Hari Raya tempoh hari dan menghadiri jemputan bersama. Kami tidak bergaduh, tetapi kini hidup agak berjauhan.
“Saya banyak mengalah dan tidak bertanya lebih-lebih. Saya serahkan segalanya kepada dia” katanya.
Isu rumah tangga pasangan ini mula mendapat perhatian apabila pada 12 Ogos tahun lalu, muncul video memperlihatkan Rushdi menceraikan Nora dengan talak satu menerusi rakaman video berdurasi 52 saat.
Nora tenang berdepan dengan ujian hidup.
Video itu dimuat naik sendiri oleh Nora menerusi Instagram miliknya dan mendakwa ada pihak memaksa Rushdi memaksa lafaz cerai itu dibuat terhadapnya.
Bagaimanapun selepas sebulan mengumumkan penceraian itu, Nora memaklumkan dia dan Rushdi sudah kembali rujuk.
Untuk info, Nora mengumumkan perkahwinannya dengan Rushdi pada 3 Disember 2021 namun tidak memperincikan butiran mengenainya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!