KONFLIK yang berlaku dalam keluarga usahawan Datuk Seri Aliff Syukri turut memberi kesan terhadap hubungannya dengan ibu.
Akui hubungan sedikit dingin, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 38, tetap mendoakan yang terbaik buat ibunya iaitu Rozita Ibrahim.
"Sejujurnya hubungan dengan ibu sedikit dingin.
Aliff tetap mendoakan yang terbaik buat ibunya.
"Adat dalam keluarga, ada pasangn surutnya. Apa yang penting dalam doa saya tidak pernah melupakan ibu," katanya kepada mStar.
Aliff mengulas tentang kekecohan yang berlaku selepas ada dalam kalangan keluarganya saling berbalas kenyataan di media sosial.
Isu ini berbangkit selepas Rozita mengumumkan kembali berumah tangga bersama seorang usahawan yang juga merupakan abang kepada pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tiada keperluan minta maaf, Shahida anggap Rebecca sengaja buka ruang kecaman keluarga
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas ditegur abang, Rebecca Nur Al Islam padam semua hantaran mengenai keluarga
Sementara itu, Aliff sebagai anak berkata dia kurang bersetuju dengan beberapa kenyataan Rozita yang bercerita tentang perihal keluarga.
"Ada kenyataan yang tidak perlu ditularkan seperti katanya dia gagal mendidik anak-anak. Itu agak memalukan saya.
"Suami baru dia juga tahu sepatutnya perkahwinan ini tidak perlu dihebohkan. Sebagai anak saya agak sedih.
"Nak lawan lebih-lebih, dia itu ibu saya. Saya hanya mahukan yang terbaik untuk keluarga," jelasnya.
Dalam pada itu, Aliff juga memainkan peranan sebagai suami ketika isterinya iaitu Datin Seri Shahida turut terpalit dengan kontroversi yang berlaku.
Aliff (kiri) dan Shahida mengulas tentang kekecohan yang berlaku antara keluarga mereka.
Bagi dirinya yang dikenali, dia juga sedar setiap apa yang berlaku sering menjadi perhatian ramai.
"Isteri saya agak 'melatah' juga. Siapa senang kalau kena kecam? Saya tidak boleh nak burukkan lagi keadaan. Saya tenangkan apabila isteri sedang emosi.
"Apa yang berlaku ini bukan satu drama yang kami cipta. Ia berlaku secara kebetulan. Saya tidak mahu panjangkan dan keruhkan lagi keadaan. Biarlah masa tentukan semua," jelasnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!