PELAKON Beego meminta isterinya iaitu Linda Hashim mengemukakan bukti dia pernah mengasarinya sepanjang mereka berkahwin.
Bukan ingin mencabar sebaliknya kata Beego atau Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, yakin Linda tidak mempunyai sebarang bukti dan semua tuduhan itu sekadar satu bentuk provokasi terhadapnya.
“Kalau ada gambar, keluarkanlah. Saya bukannya mahu mencabar, tetapi saya tahu memang tiada.
“Saya tak pernah muat naik apa-apa foto sebelum ini. Kalau hendak selesaikan secara baik, tak perlu provokasi orang ramai,” katanya.
Beego (kanan) yakin Linda tidak mempunyai sebarang bukti dirinya dikasari suami.
Beego ditemui selepas selesai prosiding lantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu.
Dia mengulas perkara itu susulan satu gambar yang dimuat naik oleh Linda seolah-olah memberi gambaran pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Dalam masa sama pelakon ini juga memberitahu enggan memfailkan permohonan nusyuz meskipun Linda bertindak keluar dari rumah mereka sejak Oktober tahun lalu.
“Dia keluar rumah sejak bulan Oktober. Kalau nak cakap tentang nusyuz itu bukan saya malah saya sentiasa tunggu di rumah.
ARTIKEL BERKAITAN: Linda Hashim pernah buat 4 laporan polis, dikasari Beego sejak 2016... Buka cerita kalau suami manipulasi isu rumah tangga
ARTIKEL BERKAITAN: Beego bawa ibu wakil JKP, Linda Hashim buka ‘fail’ baru jika suami enggan cerai
“Saya tak minta peguam untuk failkan nusyuz atau gunakan isu ini sebab kita mahu selesaikan secara baik,” ujarnya.
Berbeza dengan Linda, pelakon ini sedaya upaya cuba pertahankan rumah tangga yang telah dibina sejak 12 tahun lalu.
Biarpun begitu dakwanya Linda tidak memberi ruang untuk berbincang sehinggalah membawa kepada permohonan cerai di mahkamah.
Kalau ada gambar, keluarkanlah. Saya bukannya mahu mencabar, tetapi saya tahu memang tiada.
BEEGO
PELAKON
“Selepas dia failkan cerai saya tidak diberi ruang dan peluang untuk berjumpa. Dia cuba mengelak. Kali terakhir kami berjumpa adalah di mahkamah sebelum ini.
“Kahwin 12 tahun, kalau nak selamatkan rumah tangga dalam tempoh setahun pun saya sanggup,” jelasnya.
Dalam prosiding yang berlangsung Beego hadir bersama ibunya iaitu Roshidah Elias, 66, yang dilantik sebagai wakil JKP bagi pihaknya.
Linda memfailkan cerai terhadap Beego pada awal Januari lalu dengan alasan mereka sudah tiada persefahaman.
Linda memfailkan cerai terhadap Beego pada awal Januari lalu.
Sebelum itu, pada 27 Mac 2023, pasangan ini pernah bercerai talak satu sebelum sepakat kembali rujuk pada 9 April 2023.
Linda bagaimanapun mendedahkan mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk namun kembali bersama tidak lama selepas itu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia yang kini berusia enam tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!