suria

[V] Bekas isteri Edika Yusof dakwa berlaku keganasan rumah tangga sejak awal kahwin, ada simpan bukti

LAMA mendiamkan diri tanpa sebarang kenyataan balas, bekas isteri kepada pelakon Edika Yusof iaitu Nor Hidayah Yusri tampil mendedahkan kemelut yang berlaku dalam rumah tangganya. 

Hidayah, 47, mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak awal perkahwinan bersama Edika. 

"Ya, memang ada (keganasan rumah tangga). Keganasan itu berlaku dari sebelum saya sakit lagi. Sudah lebih 20 tahun.

Hidayah mendedahkan Eizlan (kanan) melakukan kekerasan terhadapnya sejak awal perkahwinan.

"Edika boleh menafikan apa yang dia nak, dia boleh cakap apa yang dia mahu tapi apa yang saya kemukakan dalam mahkamah bukti yang kukuh. 

"Saya ada gambar, video dan audio,” katanya kepada mStar. 

Hidayah memaklumkan perkara itu ketika ditemui selepas pasangan tersebut sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin. 

ARTIKEL BERKAITAN: Edika Yusof tak rela tapi sedia penuhi permintaan isteri mahu cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan 21 tahun berakhir, Edika Yusof dan isteri sah cerai talak satu

Sebelum ini terdapat dakwaan yang mengatakan antara punca Hidayah memfailkan cerai terhadap Edika adalah disebabkan isu keganasan rumah tangga.

Dalam pada itu, Hidayah turut menafikan hubungannya dengan anak iaitu Fereena Nurulhaq dingin disebabkan kemelut rumah tangganya dengan suami.

Kata Hidayah, anaknya itu juga menjadi saksi kejadian yang berlaku dalam rumah tangganya malahan pernah menghubungi pihak polis untuk datang bagi meredakan keadaan. 

"Anak-anak juga menjadi saksi. Walaupun anak perempuan tak duduk dengan saya tapi tidak bermaksud dia tidak tahu apa yang terjadi. Anak perempuan itu sendiri yang berpihak pada saya. 

"Contoh kalau ada kejadian-kejadian tertentu yang tak dapat dikawal, anak perempuan akan cari abang sulung dan kalau abang dia tak dapat datang, dia diam-diam akan hubungi pihak polis. 

"Banyak kali dah pihak polis datang rumah. Malah dia juga mempunyai bukti seperti video insiden yang berlaku. 

Edika memfailkan cerai terhadap Hidayah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

"Kalau pergi ke Balai Polis Kepong, tanya la mereka dah berapa banyak kali polis datang ke rumah,” katanya. 

Pada Isnin, Edika sah melafazkan cerai talak satu terhadap Hidayah di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu Syed Muhammad Syahadi Syed Siksh tepat pukul 10.42 pagi. 

Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2004 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain