suria

[V] Perkahwinan 21 tahun berakhir, Edika Yusof dan isteri sah cerai talak satu

RUMAH TANGGA yang dibina selama 21 tidak berjaya diselamatkan lagi apabila pelakon Edika Yusof dan isteri iaitu Nor Hidayah Yusri sah bercerai pada Isnin. 

Edika, 58, melafazkan cerai talak satu itu di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Syed Muhammad Syahadi Syed Siksh tepat pukul 10.42 pagi. 

“Saya Mohd Yusof Abd Majid menceraikan isteri saya Nor Hidayah Yusri talak satu mulai hari ini,” lafaznya. 

Edika melafazkan cerai terhadap isteri pada pagi Isnin. 

Hidayah diwakili peguam syarie iaitu Mohd Yazid Hazim manakala Edika hanya hadir berseorangan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Edika Yusof tak rela tapi sedia penuhi permintaan isteri mahu cerai

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Edika Yusof sudah banyak kali lafaz talak, anak setuju penceraian jalan terbaik buat ibu bapa

Sebelum Edika melafazkan cerai, dia juga enggan memberikan sebarang ucapan terakhir buat Hidayah. 

Hidayah pula kemudiannya membuat ucapan terakhir dan berterima kasih atas kebaikan yang pernah dibuat Edika terhadapnya sambil menangis. 

“Saya sebagai isteri tak pernah nafi kebaikan dia tetapi keputusan ini berdasarkan hukum. Saya terpaksa buat. Saya harap dia faham,” ujarnya. 

Setelah itu, Edika dan Hidayah sempat bersalaman dan membuat permohonan maaf buat kali terakhir. 

Pada 23 April lalu, Hidayah menyenaraikan 10 alasan yang menyebabkan dia membuat permohonan cerai terhadap Edika di hadapan hakim. 

Eizlan dan isteri akhirnya bercerai talak satu.

Kesemua sebab tersebut disifatkan perkara kritikal sehingga membuatkan rumah tangga mereka tidak dapat diselamatkan lagi. 

Untuk info, Hidayah memfailkan cerai terhdap Edika pada pertengahan Februari lalu. 

Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2004 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain