suria

Kes keganasan rumah tangga dibuka semula, Zehra Zambri dan suami dipanggil beri keterangan

Zehra dan suami hadir memberi keterangan pada 14 April lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

KERTAS siasatan berhubung dakwaan keganasan rumah tangga membabitkan penyanyi Zehra Zambri dan suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin dibuka semula.

Iqwan, 42, memberitahu pihaknya sudah dipanggil sekali lagi oleh pihak berkuasa bagi memberi keterangan.

Siasatan dibuat susulan pendedahan Iqwan menjadi mangsa keganasan rumah tangga sebelum ini. 

Zehra dan suami beri kerjasama dengan baik pada pihak berkuasa.

“Selepas saya buat pendedahan, kes dibuka semula. Ada siasatan dan saya sudah dipanggil untuk beri keterangan. 

“Polis juga sudah datang ke lokasi (rumah) untuk mengambil gambar bukti. 

“Saya dimaklumkan akan ada pendakwaan terhadap Zehra,” katanya kepada mStar. 

Iqwan berkongsi perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi selepas prosiding lantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami setuju lafaz talak, tapi minta gugurkan 4 tuntutan dibuat Zehra Zambri

ARTIKEL BERKAITAN: Zehra Zambri tutup aib suami, tidak lagi tinggal sebumbung

Katanya dia dan Zehra hadir memberi keterangan pada 14 April lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang susulan laporan yang dibuatnya pada 25 Januari 2025.

Iqwan sebelum ini mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga perbuatan isteri sendiri sebanyak empat kali sepanjang perkahwinan dan telah membuat laporan berhubung dakwaan itu.

Bagaimanapun kes tersebut ditutup apabila dia bersetuju untuk menyelesaikan tanpa melibatkan pihak berkuasa. 

Sementara itu, bercakap tentang prosiding cerai yang berlangsung Iqwan sedia untuk melepaskan Zehra bagi memberi fokus kepada kehidupan akan datang. 

Semuanya masih tergantung kalau kes cerai belum selesai.

NUR MOHD IQWAN SAMSUDIN

SUAMI ZEHRA ZAMBRI

Bagaimanapun dia meminta isterinya itu menggugurkan empat tuntutan dalam permohonan cerai yang dibuat pada 9 Mac lalu. 

“Hasrat saya hari ini untuk lafazkan cerai. Tetapi Zehra dalam keadaan tidak suci (haid).

“Saya beritahu setuju lafaz jika empat tuntutan digugurkan. Hanya tiada persefahaman boleh dikekalkan. 

Zehra dan suami mempunyai seorang cahaya mata bersama.

“Saya mahu fokus dengan objektif selepas ini termasuk hak jagaan anak. Semuanya masih tergantung kalau kes cerai belum selesai,” jelasnya.

Antara tuntutan yang dibuat oleh Zehra adalah penderaan emosi selain suami gagal  melindungi dari segi mental dan fizikal. 

Dia juga menyebut tentang tiada persefahaman dan kasih sayang lagi dalam perkahwinan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain