suria

Penyanyi rap Malaysia seludup 86 kilogram ganja ditahan di Laos

Tiga suspek (dari kiri) dipercayai termasuk seorang penyanyi rap ditahan di Laos.

PENYANYI rap tempatan antara tiga rakyat Malaysia dipercayai ditahan pihak berkuasa Laos atas dakwaan cubaan menyeludup dadah jenis ganja sebanyak 103 bungkusan ke Jerman.

Berdasarkan foto yang dikongsi media Laos dipercayai salah seorang suspek itu adalah anggota kumpulan rap yang berasal dari Johor Bahru. 

Kesemua suspek ditahan sejak 27 Mei lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay menerusi operasi yang dilakukan pegawai kastam dan pihak keselamatan selepas mendapati tiga individu terbabit menimbulkan kecurigaan semasa prosedur pemeriksaan dijalankan.

Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Hasil pemeriksaan terhadap enam beg bagasi milik suspek, pihak berkuasa menemui 103 bungkusan ganja yang disembunyikan dalam bagasi berkenaan dengan anggaran berat kira-kira 86 kilogram.

Difahamkan ketiga-tiga suspek sedang bersedia untuk menaiki penerbangan Thai Airways dalam perjalanan ke Jerman sebagai destinasi akhir penghantaran dadah tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi ‘Bey Soba Bey’, suami dan rakan mengaku ambil dadah tapi tidak memiliki 6,000 pil kuda

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi ‘Bae Sobar Bae’ bebas penjara Narathiwat, menangis peluk suami terlepas tuduhan miliki dadah

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa suspek kini dalam tahanan dan akan menghadapi pendakwaan mengikut prosedur undang-undang Laos.

Rampasan terbaharu ini berlaku susulan beberapa kejadian penyeludupan dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay sejak kebelakangan ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain