ISTERI kepada Shuk Sahar iaitu Fara Salleh mengharamkan pelawak itu berjumpa dengan anak mereka sekiranya dia meninggal dunia ketika bersalin.
Fara, 33, berkata selepas segala gangguan yang dibuat, dia nekad untuk bertindak demikian bagi memberi pengajaran buat Shuk.
Kata Fara, dia yakin keluarganya mampu menjaga dan memberikan pendidikan terbaik buat anaknya sekiranya dia meninggal dunia.
“Atas apa yang jadi termasuk semua tuduhan dan gangguan serta urusan dia sulitkan hal (pendaftaran perkahwinan), jangan jumpa anak. Saya haramkan semua itu.
Fara sebelum ini membuat perkongsian di Instastory.
“Saya ada keluarga yang mampu menjaga dan mendidik anak saya kalau saya sudah tiada nanti,” katanya ketika dihubungi mStar.
Dalam pada itu, Fara turut memberitahu dia juga mengharamkan keluarga mentua untuk bertemu dengan anaknya itu, namun akan mengubah fikiran sekiranya mereka memberi kerjasama dalam menyelesaikan urusan membabitkan mereka.
“Saya harap dia sampaikan perkara ini kepada mak dan ayahnya. Tapi mungkin saya akan ubah fikiran sekiranya ada kerjasama daripada pihak keluarga Shuk berhubung isu pendaftaran perkahwinan dan penceraian ini.
“Saya tidak mahu apa-apa lagi daripada mereka, saya hanya mahu selesaikan isu rumah tangga ini dengan segera,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri minta Shuk Sahar muncul selesai kes pengesahan nikah, mahu anak berbinti nama bapanya
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri minta Shuk Sahar muncul selesai kes pengesahan nikah, mahu anak berbinti nama bapanya
Mengulas lanjut mengenai proses pendaftaran perkahwinan dan penceraian mereka, Fara memberitahu dia terkilan apabila Shuk didakwa tidak hadir ke mahkamah pada Selasa.
Kongsi Fara, peringatan sudah berulang kali dibuat tetapi pelawak berkenaan didakwa sengaja melengahkan kes dan sebaliknya memilih untuk bercuti bersama anak-anak hasil perkahwinan dengan bekas isteri, Rossa Sera.
“Bab mahkamah ini semua memang saya gunakan orang ketiga sebab saya tidak akan dapat berbincang sendiri dengan Shuk.
“Tengoklah apa yang saya kongsi mesej dia di Instagram (IG), dia akan melalut. Walhal dia sudah dapat peringatan untuk ke mahkamah sebulan yang lalu.
Saya ada keluarga yang mampu menjaga dan mendidik anak saya kalau saya sudah tiada nanti.
FARA SALLEH
ISTERI SHUK SAHAR
“Malah seminggu lalu dan semalam pun pihak ketiga ada ingatkan dia, tapi akhirnya dia pergi bercuti dengan anak-anaknya dan melengahkan urusan mahkamah kami,” katanya.
Tidak hanya itu, Fara juga mendakwa Shuk sengaja melengahkan urusan proses penceraian mereka disebabkan dia enggan kembali rujuk dengan pelawak itu.
Tambahnya, Shuk sebelum ini pernah memujuk untuk mereka kembali rujuk namun permintaan itu tidak dilayan oleh Fara kerana enggan perkara sama berulang kali.
“Ya dia ada minta untuk kami rujuk semula, tapi dengan cara paling tak bermaruah. Kita orang Melayu ada ibu bapa kalau nak rujuk kena ada adab bukan guna ayat macam itu (kiriman mesej).
“Saya tak nak rujuk sebab memang dah tak nak dekat dia. Saya tak nak baca buku yang sama sekali lagi (perkara berulang), takkan ada penghujung.
Fara enggan rujuk kembali bersama Shuk.
“Cukuplah setahun ini jadi isteri dia tak sanggup nak hadap benda sama,” tegasnya.
Pada April lalu, Shuk didakwa melafazkan cerai talak satu terhadap Fara menerusi panggilan telefon.
Perkara itu dikongsikan Fara menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Menurut Fara, suaminya melafazkan cerai itu ketika berada di Thailand dan tidak mengetahui tujuan Shuk melakukan tindakan tersebut ketika berada di negara berkenaan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube