suria

Norjuma didenda RM4,800 atas tuduhan rosak palang dan CCTV kondominium

Norjuma didenda RM4,700 atas kesalahan melakukan khianat di sebuah kondominium.

BEKAS personaliti televisyen dan usahawan Norjuma Habib Mohamed didenda RM4,800 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas kesalahan melakukan khianat dengan merosakkan palang dan kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kondominium dua tahun lalu. 

Memetik laporan BH, Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan menjatuhi hukuman itu selepas Norjuma, 45, mengubah pengakuan kepada mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan semula. 

Mahkamah turut memerintahkan Norjuma menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. 

Norjuma mengubah pengakuan kepada mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan semula.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Norjuma didakwa melakukan khianat dengan merosakkan palang keluar dan masuk kenderaan serta CCTV milik sebuah kondominium di Jalan U-Thant, Kuala Lumpur. 

Kejadian berlaku pada pukul 7.44 malam pada 28 Julai 2023 yang menyebabkan kerugian sebanyak RM4,700. 

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas personaliti TV3 Norjuma diisytihar muflis, gagal bayar RM260,400

ARTIKEL BERKAITAN: Norjuma Gembira Ditemani Insan Istimewa

Sebelum ini, peguam yang mewakili Norjuma iaitu Faiz Kamal Jaafar membuat rayuan supaya anak guamnya dikenakan hukuman denda dengan alasan tidak bekerja. 

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Amritpreet Kaur Radhawa memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kerugian yang dialami kondominium berkenaan. 

Pada Mei lalu, Norjuma didenda sebanyak RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah mencederakan seorang wanita atas pertuduhan mencakar dan menampar mangsa empat tahun lalu. 

Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Norjuma mengubah pengakuannya kepada bersalah terhadap pertuduhan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain