suria

Selebriti didakwa amang seksual remaja perempuan dituduh minggu depan

Polis sahkan pertuduhan akan dibuat terhadap seorang selebriti atas dakwaan cabul.

SELEBRITI yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun akan berdepan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Putrajaya pada Selasa depan.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang memaklumkan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) kerana melakukan amang seksual.

Malah pihaknya juga telah menjalankan siasatan teliti berhubung kes berkenaan.

Hussein maklumkan siasatan telah dibuat secara terperinci. 

"Pihak polis dalam memastikan keadilan ditegakkan dan siasatan dijalankan dengan teliti bagi melindungi hak mangsa serta menjalani ketelusan proses perundangan," katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Pada 3 Jun lalu kecoh apabila seorang selebriti ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Artis popular didakwa cabul remaja selepas pertama kali jumpa, mula kenal dua bulan lalu 

ARTIKEL BERKAITAN: Artis popular ditahan polis, didakwa cabul remaja bawah umur di hotel

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah hotel di Selangor.

Mangsa berusia 17 tahun itu dikatakan mula berkenalan dengan selebriti terbabit di sebuah kafe yang juga tempat kerjanya.

Difahamkan kejadian cabul itu berlaku ketika kali pertama pertemuan antara suspek dan remaja terbabit.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain