suria

Along terima bukti curang daripada bekas suami Afreena, kenalan rapat isteri turut ‘spill the tea’… “Dia lupa berkahwin dengan artis”

Along (kanan) mempunyai bukti kukuh berkaitan kecurangan Afreena.

PELAKON dan pelawak Along Cham memaklumkan dia memiliki bukti kukuh berkaitan kecurangan isterinya, Afreena Suhaimi termasuk rakaman audio yang bakal dikemukakan di mahkamah.  

Lebih mengejutkan Along atau Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, mendakwa dia menerima bukti kecurangan isterinya itu daripada bekas suami Afreena sendiri.

“Pada awalnya, saya sendiri terperanjat apabila mendengar rakaman tersebut, tetapi benda ini hakim perlu dengar.

"Peguam saya sudah dengar terlebih dahulu sebelum ditunjukkan depan hakim, bukannya secara tiba-tiba.

Along ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada Selasa.

“Saya dapat banyak maklumat tentang itu (curang) termasuk daripada bekas suami Afreena serta orang yang pernah rapat dengannya,” katanya kepada mStar.

Along memaklumkan perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Sepang berhubung kes pengesahan lafaz cerai taklik pada Selasa.

Meskipun ralat dengan apa yang berlaku, Along bagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila urusan perceraiannya dipermudahkan.

“Dia lupa yang dia berkahwin dengan artis. Ramai yang datang menyampaikan kepada saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Afreena curang, cari bekas isteri dan kongsi lokasi anak... Along dedah tiga sebab utama lafaz cerai taklik

ARTIKEL BERKAITAN: Along Cham pernah lafaz cerai 2 bulan selepas nikah tapi isteri tak berubah langgar janji

"Ada sedikit ralat mengapa mereka tidak memberitahu saya tentang sikap Afreena sebelum kami berkahwin.

“Saya kahwin bukan untuk bercerai. Apabila semua ini sudah berlaku, nasi sudah menjadi bubur. Saya tidak mencari segala bukti, tapi Allah yang bantu.

“Termasuk rakaman suara itu dan perkara ini sangat membantu perjalanan kes. Jadi, selepas ini saya mahu lihat apa pula ‘plot twist’ daripada pihak sana,” ujarnya.

Sebelum ini Along tampil di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada Selasa dengan mengemukakan tiga sebab utama yang menyebabkan lafaz taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi, jatuh pada Julai 2023 di kediaman mereka di Cyberjaya.

Afreena didakwa berlaku curang terhadap Along.

Mahkamah kemudian menetapakan 3 Julai sebagai tarikh sebutan bagi tuntutan pengesahan lafaz cerai.

Untuk info, Along dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April tahun lalu.

Ini merupakan perkahwinan kedua Along selepas bercerai dengan bekas isteri, Zila Saeron pada September 2016.

Hasil perkongsian hidup, Along dikurniakan anak lelaki, Ahmad Daniel, 14, yang kini di bawah jagaannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain