suria

Sharon Paul sahkan sudah bercerai dengan Rusdi Ramli, akui bebas daripada penderitaan 'cold violence'

Sharon dan Rusdi sudah berpisah secara baik sejak Januari lalu.

KOMPOSER Sharon Paul mendedahkan sudah bercerai talak satu dengan pelakon Rusdi Ramli pada Januari tahun lalu. 

Sharon, 48, berkata, selepas tiada jalan penyelesaian membabitkan kedua-dua belah pihak dia akhirnya memfailkan permohonan cerai terhadap pelakon itu. 

"Saya sudah bercerai sejak Januari tahun lalu. Saya sendiri yang uruskan proses perceraian itu dengan melantik peguam dan selesaikan semuanya. 

Rushdi dan Sharon akhirnya bawa haluan masing-masing.

"Kalau tunggu dia, memang tidak akan selesai apa-apa,"katanya ketika dihubungi mStar. 

Menurut Sharon, dia menyifatkan tahun lalu adalah tempoh yang cukup mencabar namun bersyukur berjaya mengharungi satu persatu dugaan. 

"Tahun lepas memang sangat mencabar. Saya terpaksa uruskan pinjaman hartanah yang bukan atas nama saya, bayar bil, tanggung dua anak dan pada masa sama jalankan perniagaan sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Rusdi Ramli lebih suka duduk rumah, syukur ‘job’ lakonan masih ada walau tak sehebat dulu

ARTIKEL BERKAITAN: Norlia Ghani tak campur urusan rumah tangga Rusdi Ramli, cuma pesan utamakan anak

"Tahun ini saya anggap sebagai tahun pemulihan. Kadang-kadang kita perlu jatuh dulu sebelum boleh bangkit semula. 

"Saya gembira dan rasa bebas sekarang. Ada satu istilah mengenai perkara yang saya terpaksa hadap selama ini iaitu 'cold violence'," katanya. 

Ditanya mengenai hak penjagaan dua anaknya, Sharon berkata, mereka memilih untuk tinggal bersamanya. 

Hanya membazir duit untuk bayar peguam. 

SHARON PAUL

KOMPOSER

"Anak-anak pilih untuk tinggal bersama saya. Tak ada gunanya minta nafkah, hanya membazir duit untuk bayar peguam. 

"Mereka boleh saja tinggal dengan Rusdi, tapi mereka lebih selesa duduk dengan saya,"katanya. 

Sebelum ini, rumah tangga Sharon Bersama Rusdi dikhabarkan bagai retak menanti belah.

Rushdi bersama tiga orang anak lelakinya.

Sharon menerusi satu temu bual mengaku bertahan dalam perkahwinan dengan Rusdi kerana anak-anak.

Pasangan ini berkahwin pada 2008 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Reo Ridza, 16, dan Ryan Ridza, 13.

Sebelum itu, Rusdi pernah mendirikan rumah tangga dan memiliki cahaya mata lelaki, Efiezal Ridza, 34.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain