POLIS mengesahkan menerima laporan daripada penyanyi Shila Amzah berhubung dakwaan diserang seorang penyanyi legenda semalam.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada pukul 5.31 petang Khamis.
“Pihak Polis mengesahkan menerima laporan daripada penama Nurshahila Amir Amzah berhubung kejadian yang dilaporkan," ujarnya dalam satu kenyataan kepada media.
ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah dakwa diserang penyanyi legenda ketika latihan, netizen petik nama Amy, Awie & Ella
ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa kawan anak sendiri hancurkan kebahagiaan, ibu Shila Amzah tak sangka kisah rumah tangga jadi lagu... Dedah hidup pernah dikongkong
Terdahulu Shila menerusi satu hantaran di Instagram memberitahu dia diserang oleh seorang legenda tanah air ketika mereka sama-sama terlibat dalam sesi latihan sebuah konsert.
Kata Shila kejadian itu memberi kesan kepada dirinya sehingga menyebabkan rasa tertekan dan anxiety.
Shila dakwa dirinya diserang artis legenda.
Susulan pendedahan itu ramai yang membuat spekulasi dengan menyebut beberapa nama penyanyi terkenal tanah air yang turut terlibat dalam konsert berkenaan.
Shila dijadualkan membuat persembahan di ulang tahun ke-20 Mr D.I.Y pada Jumaat bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Penyanyi lain yang turut terlibat adalah Datuk Awie, Datuk Amy Search, Ella dan Jaclyn Victor.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube