IBU kepada pelakon Anna Jobling iaitu Ariz Arop meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa anaknya itu berubah sikap selepas mengecap populariti dalam dunia hiburan.
Ariz berkata, sebelum Anna bergelar selebriti, dia pernah menasihati agar tidak melupakan jasa keluarga namun sebaliknya pula yang berlaku.
“Takpelah, dulu sebelum dia popular saya ada cakap jangan lupa diri.
Ariz menangis lihat perubahan Anna.
“Walaupun dia beri duit, tak bermakna boleh layan saya sebegini… macam anjing kurap dah,” katanya.
Ariz meluahkan rasa sedih itu menerusi perkongsian hantaran video di TikTok milik @mamaaj_74 pada awal pagi Selasa.
Berkongsi lanjut, Ariz mendakwa dia telah berkorban banyak demi membesarkan Anna termasuk menjual kereta dan barang kemas untuk menampung kehidupan anaknya itu.
Namun, dia tidak menyangka dan berasa amat terhina apabila anaknya tergamak mengambil tindakan di luar jangkaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling dan ibu bergaduh besar, dedah terima perintah injunksi... “Kalau kena masuk penjara pun saya reda”
ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling tak kena tempias kontroversi influencer menipu ‘hilang’ di Indonesia, nasihat jaga nama baik negara
“Saya bergolok bergadai jual kereta dan barang kemas untuk besarkan dia.
“Jadi supir (pemandu) bawa dia ke sana sini tanpa gaji, cuma nak anak kita senang. Bila dah senang, harapkan kebaikan seorang anak, tapi macam ni dia buat?
“Banyak bergaduh dengan dia tapi terasa hinanya bila dia boleh panggil peguam keluarkan saya dari kereta… macam saya nak bunuh dia,” jelasnya.
Hubungan tegang antara Anna dan ibunya jadi bualan hangat netizen.
Sebelum ini, Ariz mendedahkan pernah menerima perintah injunksi pada Disember tahun lalu daripada Anna yang hanya membenarkan dia berjumpa anaknya dalam jarak 100 meter.
Bagaimanapun, katanya, selepas perbincangan antara wakil peguam kedua-dua pihak, perintah itu dibatalkan namun dia masih perlu mematuhi beberapa syarat tertentu.
Pada Ahad lalu, Ariz turut memuat naik foto berada di balai polis sekali gus mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.
Ketika dihubungi mStar, Ariz mengakui hubungan dia dan Anna kini berada dalam keadaan tegang selain kesal apabila anak kandungnya sendiri sanggup mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!