suria

Anna Jobling dan ibu bergaduh besar, dedah terima perintah injunksi... “Kalau kena masuk penjara pun saya reda”

Ariz (kiri) menangis kerana sedih dilayan buruk oleh anak sendiri.

HANTARAN foto di balai polis yang dimuat naik oleh ibu kepada pelakon Anna Jobling iaitu Ariz Arop di Instastory miliknya pada Ahad mengundang pelbagai spekulasi. 

Ariz dalam perkongsian tersebut mendedahkan hubungan dia dan Anna seolah-olah berada dalam keadaan tidak baik selain mendakwa anaknya itu tergamak melakukan perintah injunksi terhadapnya. 

"Lelah seorang insan yang bernama ibu. Panggillah seramai mana peguam yang awak (Anna) panggil, bagilah banyak mana injunksi yang awak nak bagi.

Perkongsian ibu Anna di Instastory miliknya.

Perkongsian ibu Anna di Instastory miliknya. 

"Letaklah banyak mana gari awak nak letak, saya tak gentar. Saya sudah lalui berbagai onak duri, bergadai nyawa nak besarkan awak. 

"Kalau ini balasan awak, tak mengapa. Kalau saya kena masuk penjara pun saya reda saja. Allah ada, Allah Maha Adil," tulisnya.  

Dalam masa sama, Ariz turut berkongsi keadaan dirinya yang dilihat sedang menangis ketika berada di balai polis. 

ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling tak kena tempias kontroversi influencer menipu ‘hilang’ di Indonesia, nasihat jaga nama baik negara

ARTIKEL BERKAITAN: Bayaran Anna Jobling masih sama, utama projek Malaysia walau popular di Indonesia

Tidak hanya itu, Ariz turut memuat naik foto tangannya yang kelihatan kemerahan akibat mengetuk cermin pintu kereta selepas dikunci daripada dalam.  

"Tangan bengkak sebab tumbuk cermin kereta, saya jadi panik tiada pilihan. Allah ada, Allah tak tidur," ujarnya. 

Sementara itu, Ariz ketika dihubungi mStar mengesahkan perkongsian di Instagram itu adalah akaun media sosial peribadi miliknya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain