suria

Panik sampai menggigil, ibu Anna Jobling dakwa tidak boleh buka kereta selepas dikunci

Ariz kongsi detik ketika terkunci dalam kereta.

IBU kepada pelakon Anna Jobling sekali lagi tampil bersuara menjelaskan insiden yang berlaku dengan anaknya itu dalam sebuah kereta pada awal pagi Isnin. 

Ariz Arop mendakwa dirinya dikunci dalam kenderaan berkenaan dan dia tidak boleh membukanya selepas Anna keluar daripada kereta tersebut. 

Situasi itu juga membuatkan dia berasa panik kerana terperangkap dalam kereta berkenaan. 

"Saya cuba buka tak boleh. Saya cuba tekan butang buka pun tak boleh. 

Perkongsian Ariz di Instagram. 

"Saya tiba-tiba jadi panik, kepala dah pening, menggigil dan tak tahu nak buat apa," katanya.

Ariz menceritakan perkara tersebut dalam satu sesi siaran langsung di laman sosial miliknya. 

Ariz juga mendakwa berlaku pergaduhan antara dia dan Anna sebelum anaknya itu dibawa keluar oleh peguam yang juga ada di tempat kejadian. 

"Bila dah bergaduh dalam kereta, apabila sudah tenang saya cakap nak lelap sekejap. Dia terus jadi bad mood. Dia nak saya keluar daripada kereta. Saya rasa kecil hati," katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia tidak disentuh atau dikeluarkan daripada kereta” - Peguam tepis dakwaan ibu Anna Jobling 

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu dakwa Anna Jobling berubah lepas popular… “Walaupun dia beri duit, tak bermakna boleh layan macam anjing kurap”

Dalam pada itu, Ariz turut berkongsi satu video yang memperlihatkan Anna berada di luar kereta dipercayai selapas peguam datang kepadanya. 

"Elok je keluar, lepas itu kunci mak dalam kereta. 

"Ada dengar orang menjerit macam trauma histeria ke? Tiada," tulisnya. 

Peguam Anna sebelum ini menjelaskan situasi yang berlaku di parkir kereta. 

Kemelut melibatkan Anna ini mula menjadi perhatian apabila Ariz sendiri mendedahkan hubungan dengan anaknya itu tidak baik. 

Sementara itu peguam kepada Anna dalam satu kenyataan sebelum ini memberitahu tiada sebarang pergelutan melibatkan pelakon berkenaan dengan Ariz. 

Dia juga menolak dakwaan ibu Anna dikunci daripaada dalam kereta seperti yang diperkatakan. 

Jelasnya kereta tersebut boleh dibuka daripada bahagian dalam dan ketika kejadian ia tidak berkunci.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain