suria

Campur tangan orang ketiga punca Anna Jobling mohon injunksi, ibu dakwa pengurusan ‘conquer’ anak

Ariz berkongsi sebab dia menerima perintah injunksi.

IBU kepada Anna Jobling memberitahu campur tangan orang ketiga antara faktor berlaku perintah injunksi terhadap dirinya.

Ariz mendakwa, anaknya itu mahukan kebebasan sendiri selain percaya pihak pengurusan bertindak dalam mengawal pergerakan Anna. 

"Injunksi itu lebih kepada kebebasan. Pengurusan nak kawal dia. Banyak campur tangan orang ketiga," katanya. 

Ariz meluahkan perkara tersebut menjawab persoalan pengikut media sosial ketika mengadakan sesi siaran langsung pada pagi Rabu. 

Ariz menjawab soalan pengikut media sosial. 

Ariz turut memberi gambaran diperlakukan seperti 'anjing' sebagaimana yang pernah diperkatakan sebelum ini. 

Dakwanya meskipun perintah injunksi telah ditarik semula, namun dia perlu merayu setiap kali mahu berjumpa dengan Anna. 

"Ketika injunksi keluar saya tak boleh dekat dengan dia. Kemudian sudah boleh tetapi bersyarat.

"Saya boleh jumpa dia kalau diizinkan. Saya kena merayu macam puppy," ujarnya sambil menunjukkan gaya seperti anjing. 

ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling hantar injunksi hanya benar ibu jumpa dalam jarak 100 meter... “Katanya mental diseksa sebab dipukul, saya hanya mahu mengajar” 

ARTIKEL BERKAITAN: Panik sampai menggigil, ibu Anna Jobling dakwa tidak boleh buka kereta selepas dikunci

Dalam masa sama,  Ariz enggan masuk campur urusan peribadi anaknya itu selepas tular kemelut antara mereka.

Ariz berkata, selepas dibuang Anna dia kini mahu fokus untuk diri sendiri dan sedia berundur.

“Sebagai seorang ibu sekarang ini saya cuba untuk berundur selepas tidak lagi diperlukan.

“Saya kena fikir untuk diri sendiri. Cuma sayang… macam saya sudah tiada mak dan setiap kali ziarah pusara arwah saya kalau boleh nak keluarkan dia sebab nak cium dan memeluknya.

Ariz sebelum ini meluahkan rasa kesal dengan perubahan sikap anaknya. 

“Walaupun Anna ada ibu tapi dia buang saya. Siapa sangka, tapi apa yang berlaku ini adalah ujian Allah,” katanya.

Ariz sebelum ini mendedahkan dia menerima perintah injunksi itu pada Disember tahun lalu dan hanya dibenarkan berjumpa Anna dalam jarak 100 meter. 

Menerusi perbincangan wakil peguam, perintah larangan itu terbatal namun masih terikat dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain