suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amylea Azizan sah bercerai, masih kekal hubungan baik dengan bekas suami

Amylea dan bekas suami tetap kekalkan hubungan yang baik.

PENYANYI Amelya Azizan berkongsi khabar mengejutkan dia dan suaminya, Mohammad Aqbar. 

Tidak menceritakan secara terperinci tarikh perceriaan mereka, Amylea, 39, hanya memaklumkan dia telah tampat tempoh idah. 

"Berat hati untuk maklumkan yang saya bukan lagi isteri kepada Mohammad Aqbar Mohamad. 

Kenyataan Amylea di Instagram.

"Saya sudah tamah idah dan saya dalam keadaan sejahtera. Saya doakan kesedihan seperti saya ini tidak akan berulang kepada orang-orang yang saya sayangi," katanya. 

Amylea menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di Instagram miliknya pada malam  Ahad. 

Dalam pada itu dia juga memaklumkan mereka berpisah secara baik dan enggan membuka aib mana-mana pihak. 

"Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Percintaan singkat ke jenjang pelamin, Amylea Azizan kini isteri anggota bomba Singapura

ARTIKEL BERKAITAN: Pendam banyak kisah, Amylea tak rindu zaman jadi peserta AF3

"Saya sangat hormati dan sayang ibu mentua serta seluruh keluarga bekas suami. 

"Kami masih berhubung dengan baik," jelasnya. 

Untuk rekod Amylea dan Mohammad Aqbar atau Ash memaklumkan mereka bernikah pada November 2023 namun merahsiakan tarikh sebenar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain