suria

Kecoh Kamal Adli, Uqasha Sensrose saling ‘unfollow’ Instagram... “Saya rasa itu biasa”

Uqasha (kiri) enggan mengulas lanjut berhubung gosip rumah tangga.

PASANGAN suami isteri, pelakon Uqasha Senrose dan aktor pelakon Kamal Adli sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila didakwa sudah tidak lagi saling mengikuti di laman Instagram. 

Ketika dihubungi mStar pada Isnin, Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan isu tersebut dan memberitahu dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama.

"Maaf saya tengah shooting, saya tak nak jawab apa-apa please. 

Hasil carian di IG (kiri) milik Uqasha dan Kamal.

"Saya tak mahu beri sebarang kenyataan, saya rasa itu (unfollow) biasa kot. Saya tak mahu jawab apa-apa terima kasih," jawabnya ringkas. 

Sebelum ini, timbul spekulasi apabila seorang pengguna Threads memuat naik hantaran meluahkan rasa kecewa apabila pasangan selebriti kegemarannya dikatakan sudah saling tidak mengikuti di Instagram. 

Malah, ada yang membuat dakwaan bahawa pasangan selebriti dimaksudkan itu ialah Uqasha dan Kamal. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tak risau benda belum jadi, Uqasha Senrose minta bukti ke mahkamah syariah

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah

"Weh pasangan favorite aku dah unfollow masing-masing ke? Janganlah. Tak nak dengar berita yang mengecewakan. 

"Ya Allah, panjangkanlah jodoh mereka berdua antara satu sama lain. Tak naklah dia dengan orang lain dan orang lain dengan pasangan dia," tulis netizen. 

Hasil tinjaun mStar, Uqasha sudah tidak lagi mengikuti Kamal di Instagram, begitu juga sebaliknya. 

Sebelum ini juga pernah timbul dakwaan rumah tangga mereka bermasalah dan ketika itu Uqasha meminta bukti sekiranya ada yang ternampak dia hadir ke mahkamah syariah. 

Rumah tangga Kamal (kiri) dan Uqasha sekali lagi mendapat perhatian ramai.

Malah, Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, turut menyangkal dakwaan berkenaan dan memberitahu bercerai merupakan perkara yang hampir mustahil untuk dilakukan kerana dia terlalu menyanyangi keluarganya. 

Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Hawra Uqaira yang kini berusia 10 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain