suria

Polis mohon lanjutan reman Namewee

Polis membuat permohonan lanjutan reman terhadap Namewee.

TEMPOH tahanan reman terhadap pengarah dan penyanyi Namewee bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan di dalam bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada 22 Oktober lalu bakal dilanjutkan.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam yang memberitahu pihak mereka akan membuat permohonan tahanan reman pada Isnin. 

“Ya, kami akan memohon lanjutan pada Isnin,” katanya ringkas seperti dipetik dari The Star. 

Namewee direman bagi membantu siasatan kes kematian Yun Hsi (kiri). 

Namawee atau Wee Meng Chee telah direman enam hari bermula 5 November sehingga esok selepas  menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Tempoh lanjutan reman itu dipercayai bagi meneruskan siasatan terhadap kematian pempengaruh asal Taiwan dikenali Hsieh Yun Hsi. 

ARTIKEL BERKAITAN: Namewee serah diri bantu siasatan kes bunuh model Taiwan, nafi cuba lari... "Saya sentiasa tampil secara sukarela" 

ARTIKEL BERKAITAN: Namewee direman enam hari selepas serah diri

Terdahulu Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus memberitahu sebelum ini pihaknya mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut (SDR), namun kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Katanya, Namewee difahamkan berada di lokasi itu ketika kejadian berlaku.

Namewee juga ditahan sebelum ini atas dakwaan memiliki dan menggunakan dadah tetapi dibebaskan selepas mengaku tidak bersalah pada 24 Oktober lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain