suria

[V] Masih tinggal sebumbung dengan Haqiem Stopa? Aireena tak nak jawab... “Lebih baik tanya pada pihak lelaki”

PEMPENGARUH media sosial, Aireena Sofia memilih untuk mengunci mulut mengenai status rumah tangganya dengan Haqiem Stopa yang dikatakan sedang dilanda masalah. 

Aireena,21, ketika ditemui mStar juga enggan memberikan sebarang komen sama ada dia dan Haqiem masih tinggal sebumbung. 

"Saya masih lagi berstatus isteri orang. Saya tidak mahu komen (masih tinggal sebumbung atau tidak). 

Aireena tenang saat ditanya mengenai keadaan rumah tangganya.

"Mungkin lebih baik tanya kepada pihak lelaki. Saya hanya mampu minta doakan yang baik-baik untuk saya dan anak," katanya. 

Aireena berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran kamera papan pemuka (dashcam) jenama 70mai iaitu A810s 4K Dash Cam dan M800 4K Dash Cam di 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Ditanya mengenai keadaan umah tangganya bersama Haqiem, Aireena hanya mampu meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Haqiem Stopa nafi rumah tangga bergolak, akui terlepas cakap... “saya tengah marah”

ARTIKEL BERKAITAN: Haqiem Stopa kini suami Aireena Sofia... Kenal 3 minggu terus ajak nikah, serah mas kahwin RM77,777.77

"Doa yang baik-baik. Mungkin boleh tanya suami saya, itu lebih baik," katanya. 

Sebelum ini, Haqiem enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan kononnya rumah tangga bersama Aireena sedang berdepan masalah.

Haqiem atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 25, berkata sejak awal perkahwinan dia memilih untuk tidak menghebahkan hal peribadi di media sosial.

Pasangan ini berkahwin pada 11 Oktober tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Hud yang baru berusia tiga bulan. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain