PERSONALITI media sosial Aireena Sofia mendakwa suaminya yang juga pempengaruh, Haqiem Stopa berlaku curang terhadapnya.
Aireena, 21, berkata, dia tidak lagi mampu menyimpan kisah tersebut selepas memendam perkara itu sejak melahirkan anak mereka tiga bulan lalu.
Menurut Aireena, lebih mengejutkan apabila dia mendakwa Haqiem meninggalkannya dalam keadaan berpantang sejak 19 September lalu.

Aireena dakwa Haqiem berlaku curang terhadap dengan perempuan usia 18 tahun.
“Saya dah tak tahan. Daripada pantang sampai sekarang saya simpan.
“Satu persatu Allah tunjuk. Saya kena tinggal dalam pantang dari 19 September sehingga sekarang.
“Hari ini saya dapat tahu dia sekali lagi curang di belakang saya,” katanya.
Perkara itu dikongsi Aireena menerusi hantaran di Threads pada awal pagi Ahad.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Masih tinggal sebumbung dengan Haqiem Stopa? Aireena tak nak jawab... “Lebih baik tanya pada pihak lelaki”
ARTIKEL BERKAITAN: Haqiem Stopa nafi rumah tangga bergolak, akui terlepas cakap... “saya tengah marah”
Tambah Aireena, individu yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan Haqiem baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-18.
“Untuk pengetahuan semua, hari ini perempuan itu baru berusia 18 tahun,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap Aireena selain mengecam tindakan Haqiem sekiranya dakwaan itu benar.
“Sedihnya. Saya tahu Aireena pasti banyak dengar kisah silam suami tapi dia pilih untuk tidak menghakimi. Tapi itulah… once a cheater, always a cheater.

Hubungan Haqiem dan Aireena didakwa sedang bergolak.
“Dari awal lagi terkejut Aireena pilih dia sebagai pasangan hidup. Dia layak dapat yang lebih baik.
“Nak tengok perangai sebenar pasangan, tengok selepas kita lahirkan anak pertama. Lari sahaja kawan,” tulis netizen.
Sebelum ini, Aireena memilih untuk berdiam diri mengenai status rumah tangganya yang didakwa sedang bergolak, selain enggan mengulas sama ada mereka masih tinggal sebumbung.
Untuk rekod, Aireena dan Haqiem mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober tahun lalu dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Hud yang kini berusia tiga bulan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


