suria

Dituduh curang, Haqiem Stopa tunggu masa sesuai beri kenyataan… Bakal kemuka bukti

Haqiem tunggu masa sesuai jelaskan perkara sebenar dakwaan berlaku curang terhadap isteri.

PERSONALITI media sosial, Haqiem Stopa belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan berhubung pendedahan isterinya Aireena Sofia yang mendakwa dia berlaku curang. 

Haqiem atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 25, berkata, dia akan tampil memberi penjelasan beserta bukti dalam masa terdekat.

“Saya tak boleh keluar apa-apa kenyataan buat masa sekarang, tapi akan jelaskan dalam masa terdekat.

Haqiem enggan beri kenyataan pada masa sekarang.

"Sebenarnya saya sudah ada kenyataan dan bukti saya sendiri, cuma perlu tunggu masa sesuai dan ia akan jadi kenyataan pertama dan terakhir saya,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

Menurut Haqiem, isu yang sedang tular itu merupakan antara perkara paling sensitif pernah dilaluinya sejak bergelar figura media sosial.

Namun begitu, dia tetap enggan membuka aib isteri dan menyifatkan Aireena sebagai seorang isteri dan ibu yang baik kepada keluarga mereka.

“Dalam banyak benda viral, ini paling sensitif bagi saya. Saya fikir keadaan anak saya nanti macam mana.

ARTIKEL BERKAITAN: Aireena dakwa Haqiem Stopa curang lagi, ditinggalkan sejak dalam pantang… “Perempuan itu baru 18 tahun” 

ARTIKEL BERKAITAN: Haqiem Stopa nafi rumah tangga bergolak, akui terlepas cakap... “saya tengah marah”

"Apapun saya tiada niat nak buka aib isteri. Bagi saya dia seorang isteri dan ibu yang baik.

"Kalau boleh saya tak nak cakap apa-apa fasal isu rumah tangga di media sosial,” jelasnya.

Pada awal pagi Ahad, Aireena menerusi hantaran di Threads mendakwa Haqiem sekali lagi berlaku curang.

Haqiem hormat Aireena dan tidak mahu membuka aib sesiapa.

Malah Aireena mendakwa suaminya itu kini mempunyai hubungan istimewa dengan seorang wanita berusia 18 tahun.

Sebelum ini, Aireena memilih untuk tidak memberi sebarang kenyataan mengenai status rumah tangga mereka yang dikhabarkan bergolak, selain enggan mengulas sama ada mereka masih tinggal sebumbung atau sebaliknya.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Hud, yang kini berusia tiga bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain