suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara terlepas gawang gol, dahi jurukamera benjol terkena 'free kick' Ronaldo

Bola ditendang Ronaldo terkena jurukamera berada di belakang gawang gol.

BOLA hasil rembatan kencang yang dibuat Cristiano Ronaldo terkena seorang jurukamera mengakibatkan dirinya mengalami kecederaan di dahi.

Insiden berlaku ketika Ronaldo membuat sepakan percuma semasa perlawanan Saudi Pro League dalam perlawanan antara Al-Nassr dan Al-Raed pada Sabtu.

Sejurus melepaskan satu rembatan deras, bola hasil tendangan tidak memasuki ke dalam gol sebaliknya terkena dahi seorang jurukamera lelaki yang berada di belakang gawang gol Al-Raed.

Bagaimanapun, jurukamera itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius di bahagian kepala tetapi terdapat benjolan yang besar.

Dalam video yang tular, kelihatan jurukamera itu hampir terjatuh akibat tendangan itu tetapi berjaya kekal berdiri.

Untuk rekod, Ronaldo adalah penjaring terbanyak dalam Saudi Pro League musim ini dengan tujuh gol dalam lima perlawanan setakat ini.

Pemain berusia 38 tahun itu akan membuat penampilan sulung dalam Liga Juara-Juara AFC pada hari Selasa apabila Al Nassr menentang Persepolis di Iran. -SI.COM

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain