suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Faiq Bolkiah curi tumpuan selepas jaringkan gol... Kekal pemain terkaya dunia atasi Ronaldo, Messi

Faiq merupakan pemain bola sepak terkaya di dunia.

PEMAIN bola sepak terkaya di dunia kembali mencuri tumpuan selepas menandatangani kontrak dengan menyertai kelab baharu, Ratchaburi.

Memetik portal Sport Bibble, Faiq Bolkiah, 25 membuat penampilan keduanya bersama Ratchaburi saat menghadapi Police Tero dalam Liga 1 Thailand, pada Sabtu.

Dia kini kembali dalam senarai sebagai penjaring gol selepas masuk dengan baki 20 minit masa biasa, menjaringkan gol keenam dan terakhir Ratchaburi pada minit keempat masa tambahan.

Kemenangan berpihak kepada Ratchaburi menentang Police Tero dalam liga utama Thailand, dengan pasukan Faiq mengutip tiga mata selepas kemenangan dominan 6-1.

Sebagai anak saudara kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Faiq dilaporkan mempunyai nilai kekayaan bersih kira-kira AS$20 (RM93.9 bilion).

Nilai tersebut melebihi kekayaan dua bintang bola sepak tersohor, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Di sebalik kekayaannya, Faiq berpengalaman di padang bersama Chelsea, Arsenal dan Leicester.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain