suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Puteri jelita kepada Michael Owen curi tumpuan, ‘dating’ dengan anak legenda tinju

Gemma Owen didakwa bercinta dengan anak Putera Naseem. -Gambar gemowen_1/Instagram

BINTANG program realiti Love Island, Gemma Owen didakwa menjalinkan hubungan bersama anak lelaki legenda tinju Putera Naseem Hamed.

Gemma, 20, menjadi terkenal pada tahun lalu selepas menduduki tempat kedua dalam Love Island.

Bagaimanapun, pasangan itu mengumumkan perpisahan mereka sejurus selepas meninggalkan program tersebut.

Sumber memberitahu Daily Star bahawa Gemma menjalinkan hubungan dengan Aadam Hamed, anak bongsu legenda tinju Britain, Putera (Prince) Naseem.

Malah, mereka dikatakan dilihat menikmati hidangan bersama di sebuah restoran, pada minggu lalu.

Bulan lalu, Gemma yang merupakan anak kepada legenda bola sepak Michael Owen, menjadi tajuk utama apabila timbul khabar angin bahawa dia rapat dengan pemain polo Tommy, yang terkenal dengan hubungan dirajanya.

Sumber mendakwa dia juga berkunjung ke Ibiza di Sepanyol untuk menonton Tommy bermain. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain