JAGUH Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar mendedahkan dia hanya menerima bayaran RM50 ketika kali pertama bertanding.
Johan atau Jojo, 19, memaklumkan dia juga tidak pernah menerima apa-apa bayaran selepas menyertai berpuluh-puluh kali pertandingan.
"Dulu aku lawan kepala koyak sana sini duit tak pernah masuk tapi aku percaya yang satu hari akan datang aku boleh buat duit.
"Dulu orang cakap Muay Thai tak boleh buat duit, Alhamdulilah sekarang semua dah diam," katanya.
Johan meraih ganjaran lumayan daripada ONE Championship.
Jojo berkata demikian selepas ditanya pengikutnya di Instagram mengenai gaji yang diperolehinya sebagai atlet seni mempertahankan diri.
Mengulas lanjut, Jojo memaklumkan pendapatannya kini sudah mencecah ratusan ribu ringgit.
"Alhamdulilah sekarang boleh cakap gaji boleh sampai enam angka.
"Tapi semua ini datang dengan izin Allah dan juga pengorbanan yang banyak," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Awas, si comel garang di gelanggang! Fighter Muay Thai raih hadiah lumayan di Thailand, lawan rebah dalam 16 saat
ARTIKEL BERKAITAN: Silat olahraga ‘fight tak rasa real’! Komen di podcast cetus salah faham, petinju Muay Thai hanya mahu fokus SPM
Cucu kepada bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Mohd Ghazali Che Mat itu turut menasihatkan atlet baharu untuk tidak terlalu memikirkan mengenai ganjaran.
"Kalau aku nak masuk fight (berlawan), aku sendiri yang kena bayar. Daripada pertarungan datangnya pengalaman.
"Lagi banyak pengalaman, lagi bagus seorang fighter itu. Semua pelaburan yang aku buat akhirnya membuahkan hasil," katanya.
Daripada pertarungan datangnya pengalaman.
JOJO
Pada Oktober 2023, ONE Championship memberikan kontrak bernilai AS$100,000 (RM473,507) kepada Jojo ketika usianya menjangkau 17 tahun.
Atlet Rentap MuayThai Gym itu meraih $50,000 (RM216,500) pada September 2024, selepas menundukkan lawan dari Mexico, Josue Cruz dalam pertarungan ONE 168: Denver.