MALAYSIA melakar sejarah apabila muncul juara acara regu pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025, di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Khamis malam.
Skuad bimbingan Ahmad Mohd Zain itu berjaya menewaskan pasukan Thailand dengan Thailand 2-0 (15-12, 15-9) di pentas akhir.
Terdahulu, Malaysia mengesahkan mara ke final akhir acara regu selepas menumbangkan Vietnam 2-0 (15-8, 15-10) pada aksi separuh akhir.
Piala Asia 2025 turut menyaksikan kejayaan berganda buat Malaysia yang turut merangkul kejuaraan dalam acara kuadran.
Malaysia pada Isnin lalu muncul juara acara kuadran selepas menumpaskan Jepun 2-0 (15-8, 15-11) dalam perlawanan akhir.