suria

Kejohanan Dunia BWF 2025: Pearly-Thinaah rangkul gelaran naib juara

Pearly-Thinaah tewas kepada pasangan China setelah memberikan saingan sengit ketika perlawanan. -Foto Reuters

MALAYSIA terpaksa akur apabila beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah gagal merangkul kejuaraan dalam Kejohanan Badminton Dunia 2025.

Saingan sengit tiga set itu memihak kepada pasangan ranking nombor satu dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning, sekali gus meletakkan Malaysia sebagai naib juara.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Paris, Perancis pada Ahad malam, Pearly-Thinaah merangkul pingat perak selepas permainan berakhir dengan keputusan 21-14, 20-22 dan 21-17.

ARTIKEL BERKAITAN: Beregu campuran Tang Jie-Ee Wei juara dunia, lakar sejarah di bumi Perancis

Meskipun tidak berjaya membawa pulang gelaran juara, persembahan mantap mereka tetap membanggakan serta menyemarakkan semangat rakyat sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68.

Terdahulu, beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee menewaskan pasangan China Jiang Zhen Beng–Wei Ya Xin, sekali gus mencipta sejarah sebagai pasangan beregu campuran Malaysia pertama yang memenangi Kejohanan Badminton Dunia. 

 

Artikel Lain