suria

Latif Romly tiada tandingan... Pecah rekod dunia lompat jauh, raih emas di India

Abdul Latif unggul memecah rekod dunia miliknya sendiri pada Sabtu.

ATLET para negara, Datuk Abdul Latif Romly sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya memecahkan rekod dunia miliknya dalam acara lompat jauh T20 (kurang upaya intelektual) pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di New Delhi, India pada Ahad.

Atlet berusia 28 tahun itu melakukan lompatan sejauh 7.67 meter, sekali gus mengatasi rekod terdahulu miliknya iaitu 7.64 meter yang dicatatkan pada Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, Indonesia.

Kejayaan tersebut turut menghadiahkan Abdul Latif pingat emas kelima di pentas dunia selepas kali pertama menjuarai acara itu pada 2015 (Doha), diikuti 2017 (London), 2023 (Paris) dan 2024 (Kobe).

Dengan pencapaian terbaharu ini, Abdul Latif terus mengukuhkan statusnya sebagai atlet para lompat jauh terbaik dunia dan ikon sukan negara.

Artikel Berikut

Artikel Lain