MENIKMATI jagung rebus untuk santapan minum petang, dipadankan pula dengan teh O panas sememangnya mengasyikkan.
Tapi ada kalanya isi jagung yang direbus menunjukkan hasil mengecewakan kerana mengecut dan kelihatan berkedut.
Pasti kita tertanya-tanya di mana silapnya sehingga isi jagung yang pada mulanya montok, mengecil selepas direbus, tidak sempurna seperti dijual di kedai.
ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya senang je nak buat sendiri perencah kari mi segera... Mudah dan pantas, yang penting resipi sihat
Jangan risau, jagung rebus anda pasti akan 'menjadi' dan kelihatan sama seperti yang dijual jika mengikut petua yang dikongsikan oleh @noorrisahharun ini.
Jagung dimasukkan selepas air di dalam periuk mendidih.
Cara-caranya:
1. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih
2. Sementara menunggu air mendidih, kupas dan potong jagung. Tapi tidak perlu kupas kesemua lapisan kulit. Kemudian potong bahagian atas dan tangkai jagung. Bersihkan.
3. Apabila air sudah mendidih, masukkan jagung dan tutup periuk.
4. Rebus sekitar 10 minit.
5. Kemudian barulah masukkan garam secukup rasa dan tutup kembali periuk, matikan api. Biarkan jagung di dalam periuk seketika, angkat untuk dihidang selepas suhunya sudah suam.
Menurut wanita ini, dia tidak menambah gula kerana isi jagung sudah cukup manis.
Rupanya ini rahsia isi jagung kekal 'gemuk' dan tidak kecut.
Selamat mencuba!