suria

Rupanya senang je nak buat sendiri perencah kari mi segera... Mudah dan pantas, yang penting resipi sihat

Perencah mi segera DIY yang hanya mengambil masa singkat untuk disediakan.

TIDAK dinafikan, mi segera sememangnya menjadi makanan kegemaran  ramai, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. 

Rasanya yang lazat, mudah disediakan serta harganya yang murah menjadikannya pilihan utama, lebih-lebih lagi ketika lapar atau kesuntukan masa. 

Namun begitu di sebalik keenakannya, terdapat pelbagai risiko kesihatan yang perlu diberi perhatian.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya tahu juga rahsia hasilkan ayam goreng rangup dan lembut... Kena rendam dulu baru boleh masak

Salah satu komponen utama yang membimbangkan dalam mi segera adalah perencah yang lazimnya mengandungi kadar garam (natrium) yang sangat tinggi, monosodium glutamate (MSG), bahan pengawet dan pewarna tiruan. 

Jika diambil secara kerap, bahan-bahan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan.

Bagi penggemar mi segera, anda sudah boleh bertukar kepada cara yang lebih sihat dengan membuatnya sendiri.

Bahan-bahan dicampur dan 'disangai' di dalam Thermomix.

Jom cuba resipi perencah kari mi segera 'homemade' sebagaimana yang dikongsikan seorang pelayar Instagram, @ain.amykamal.

Bahan-bahan:

50g serbuk kari daging

25g serbuk kari ikan

10g serbuk cili (pilihan)

3g serbuk lada hitam

30g serbuk cendawan

1 sudu teh garam

- Jika menggunakan Thermomix, sangai enam minit dengan suhu 120c, kelajuan 2

- Sangai atas 'pan' pun boleh, cuma panjangkan masa lebih dari 6 minit.

Selepas siap kisar campuran, masukkan 30g gula perang dan kisar 15 saat dengan kelajuan 10

Artikel Lain