suria

5 sisa makanan mak-mak selalu buang, sebenarnya boleh 'recycle' jadi menu baharu

Kitar semula sisa makanan mampu menjimatkan perbelanjaan dapur. -Gambar hiasan

DALAM kesibukan menguruskan dapur setiap hari, pasti ada sisa makanan yang kita anggap tidak lagi berguna dan terus dibuang ke dalam tong sampah.

Tapi sebenarnya ada beberapa sisa makanan yang masih boleh digunakan semula untuk dijadkan sebagai menu baharu.

Dengan cara ini, anda bukan sahaja dapat mengelakkan pembaziran, malah boleh juga menjimatkan wang untuk membeli makanan.

Berikut kami kongsikan lima menu 'kitar semula' yang menarik untuk dicuba:

1. Nasi

Jangan buang nasi semalam. Ia boleh dimasak sebagai nasi goreng atau dijadikan cucur rangup untuk sarapan. 

Bagi mereka yang suka kelainan, bentukkan ia menjadi bebola ala-ala menu popular Jepun, onigiri.

Nasi yang tak habis biasanya akan digoreng semula keesokan harinya. -Gambar hiasan

2. Kulit sayur 

Kulit sayur seperti lobak merah dan timun mengandungi serat yang tinggi. 

Basuh bersih dan jadikan kudapan goreng dengan salutan tepung atau rebus bersama bawang dan tulang untuk buat stok sup homemade.

3. Roti

Jangan terus buang jika roti mula keras atau sudah menghampiri tarikh luput. 

Ia sesuai dijadikan puding manis atau dibakar dengan sos tomato dan keju sebagai ‘mini pizza’ versi bajet.

4. Batang sayur 

Sisa ulam seperti batang sayur biasanya dibuang kerana teksturnya yang agak keras.

Sebenarnya ia boleh dihiris halus dan dicampur dalam masakan seperti telur dadar.

Ia juga boleh dihirs dan dijadikan sebagai kerabu yang menyegarkan.

5. Air rebusan ayam atau daging

Jangan buang air rebusan ini. Ia kaya dengan rasa dan sesuai dijadikan asas kuah sup, kuah mi atau digunakan untuk memasak nasi ayam supaya lebih wangi dan berperisa.

 

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia