DALAM dunia masakan hari ini, ramai yang mencari alternatif semula jadi untuk menggantikan penambah perisa seperti MSG.
Salah satu pilihan yang semakin popular ialah mushroom seasoning atau serbuk perasa cendawan.
Bahan serbaguna ini bukan sahaja sihat, tetapi juga menambahkan rasa lazat dan berlemak dalam masakan.
ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga kudapan tak lokek ilmu… Rupanya ini cara buat kerepek pisang rangup, berlemak
Selain sesuai untuk masakan sup, tumisan, nasi goreng dan perapan, mushroom seasoning juga popular dalam kalangan mereka yang mengamalkan diet vegetarian atau vegan.
Seorang pengguna media sosial, Nawal Yasmin Mat Noh berkongsi cara mudah untuk menyediakan mushroom seasoning sendiri di rumah, hanya dengan menggunakan tiga bahan.
Penyediaan 'mushroom seasoning' yang mengambil masa kurang 5 minit.
Bahan-bahan:
1. 100 gram cendawan kering atau cendawan shitake
2. 50 gram garam
3. 50 gram gula
Cara-caranya:
1. Bilas cendawan dan kemudian keringkan.
2. Dengan menggunakan ketuhar atau air fryer, bakar cendawan selama 20 minit pada suhu 100 darjah Celsius. Kemudian biar sejuk seketika.
3. Masukkan kesemua bahan dalam dalam thermomix, kisar selama satu minit, kelajuan 10. Serbuk perasa cendawan siap!
Bagi yang tidak mempunyai thermomix, anda juga boleh menggunakan pengisar (blender) kering. Pastikan kisar sedikit demi sedikit.
Mudah, jimat dan pantas.
Selamat mencuba!