PENYANYI Cat Farish mendedahkan dia dan isteri iaitu Shikin Maembong menjadi mangsa penipuan oleh seorang pengurus acara sewaktu bekerjasama menganjurkan Festival Da Bomb di Ipoh, Perak pada Januari lalu.
Kecewa dengan perkara itu, Cat atau Farish Ramli, 50, berkata dia terkejut dan tidak menyangka individu berkenaan tidak bertanggungjawab dengan melarikan diri serta menipu hasil keuntungan festival berkenaan.
“Saya kecewa dan menangis sebab tak sangka kena tipu macam ni, sebenarnya kami (Cat dan Shikin) ni merupakan muka depan saja tapi disebabkan pelbagai masalah berlaku jadi kami terpaksa ambil alih festival tersebut
“Kami urus sendiri tapi ada seorang pengurus ni uruskan segala urusan bab duit dan aturcara tapi bila festival pertama di Ipoh berjaya jadi saya tanya mengenai keuntungan tapi dia (individu) tu minta bersabar.
“Tapi bila festival kedua di Taiping kemudiannya dia melarikan diri dan duit keuntungan malah hanya dapat RM7,000 saja sewaktu di Ipoh yang sepatutnya banyak… dia larikan diri dan tutup hutang sewaktu di Ipoh jadi ini salah kami juga sebab terlalu percayakan orang,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI