suria

Azhar Sulaiman terbuka jika anak ditakdirkan jadi isteri kedua, beri Leona kebebasan tentukan jodoh

PELAKON Azhar Sulaiman tidak menghalang jika anaknya iaitu Kasih Iris Leona memilih pasangan lebih berusia.

Bukan itu sahaja, Azhar,54, juga terbuka seandainya anaknya itu bertemu jodoh dengan lelaki berstatuskan suami orang.

Azhar bagaimanapun berkata dia tidak memandang status ataupun kekayaan bakal menantu, sebaliknya berharap lelaki itu mampu menjaga anaknya dengan baik.

“Untuk Leona saya terbuka kepada apa sahaja kalau ditakdirkan dia jadi isteri kedua orang pun itu adalah takdir ajal, rezeki jodoh ini semua ditangan tuhan.

 “Jika kebahagiaannya sebagai madu, tak mengapalah jadi saya terbuka kepada apa sahaja sebab hal perkahwinan ini saya rasa biarlah dia sendiri yang buat keputusan,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi