suria

Bakat Iqram Dinzly dikesan semasa belajar di UiTM, ini punca terjebak jadi pelakon

SEMPENA ulang tahun ke-20 mStar, portal ini akan mengimbau kembali kenangan suka duka selebriti tanah air sewaktu berusia 20 tahun.

Kali ini, pelakon Iqram Dinzly berkongsi pengalamannya sewaktu bergelar selebriti ketika di usia muda.

Kata Iqram atau Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 44, kerjaya awalnya sebagai seorang pelakon mula digilap selepas menjadi salah seorang pelajar seni persembahan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Pada usia 20 tahun saya sedang melanjutkan pelajaran di fakulti persembahan di UiTM, dan terjebak dalam uji bakat beberapa iklan jenama terkenal.

“Selepas itu, saya ceburi bidang lakonan dan tawaran berlakon pertama iaitu filem Zon 606 terbitan 101 pictures kemudian banyak lagi tawaran lain antaranya di bawah Skop Production iaitu Janji Diana.

“Bukan senang sebagai seorang pelajar untuk bahagikan juga sebagai pelakon kerana ia melibatkan masa terutamanya pelakon ni kena berikan komitmen yang tinggi,” katanya kepada mStar. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi