suria

Boss James sindir ‘influencer’ cipta kontroversi murahan demi populariti - “Lepas duit habis baru sedar!”

PERSONALITI media sosial Boss James menyuarakan kebimbangan terhadap segelintir influencer yang sanggup mencipta gimik atau kontroversi murahan semata-mata mengejar populariti. 

James atau nama sebenarnya James Lee, 33, berkata golongan tersebut seolah-olah hilang rasa malu dan sanggup melanggar batas asalkan mendapat imbuhan lumayan.

“Ada dua jenis golongan iaitu pertama jenis memang sukakan perhatian saja tapi bila jumpa depan baik, golongan ini tahu dengan cara cipta gimik atau kontroversi dapat menaikkan nama mereka.

“Kebanyakkan gelap mata bila nampak duit berkepok-kepok, jadi lupa segalanya yang penting dapat duit dengan cepat.

 “Mereka (TikToker) ni mula berubah sebab perkara ini tapi semua itu perlukan sedikit masa untuk mengubah sikap mereka, mungkin selepas enam bulan atau setahun duit mereka habis jadi masa tu baru sedar,”katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi